Wednesday, March 22, 2017

#isabella - BAB 14

Aku duduk bersila atas katil angah diba. Pintu bilik pun aku dah kunci rapat-rapat. Harap-harap tak adalah penceroboh. Malam ni ada misi penting. Antara hidup dan mati perasaan seorang isteri bernama Isabella Rose Nurani. Malam ni saja yang ada. Esok pagi-pagi lagi aku dan nak balik ke Shah Alam. Manakala angah Diba pula balik ke Johor. Jadinya, nak tak nak hal itu kenalah settle jugak malam ni.
“Inilah orangnya kak long.” Angah Diba tunjuk dekat aku gambar seorang perempuan yang tidak bertudung melalui aplikasi Instagram. Pada profile, tertera maklumat gadis itu yang membulatkan mata aku.
Marissa Datuk Ameer, PhD
Wah, anak Datuk ya. Kalau ikutkan pada maklumat dan gambar, memang aku yakin. Inilah dia Marissa. Bezanya Cuma dekat kampus, dia bertudung. Mungkin sudah sampai hidayah untuk menutup aurat yang satu.
Kemudian aku scroll sampai bawah setiap posting Marissa ni. Banyaknya gambar tentang aktiviti outdoor yang dia lakukan semasa di universiti. Aktif juga minah ni. Terbayang pada kepala aku, Marissa ini memang memiliki susuk tubuh yang tinggi lampai dan agak tegap. Kalau dia tolak aku yang agak kurus kering ni, senang-senang saja aku boleh jatuh.
Tak pe, alongkan ada.
Ceh, sempat lagi tu.
“Eh... gambar dia dengan along!” Angah Diba sudah terjerit kecil. Terkejut aku. Hilang senyum bila mata menatap posting yang telah diletakkan dalam dua bulan yang lepas.
My Love, AR.
Love u, Miss u.
Till the moon and back.
Adeh, berubah sekejap muka aku. Angah Diba terus mengambil tab dan letak dekat tepi. “Okey tak ni kak long?” Tanya angah diba. Yelah, tengok muka akupun dah boleh tahu jawapannya. Kepala terus terasa berdenyut-denyut. Aku picit dahi sendiri.
“Dia syok sendiri tu. Kak Long jangan risaulah.”
“Tapi... kak longkan pernah nampak along dengan dia dekat perpustakaan.”
Angah Diba tarik nafas, “Along tu tak cakap apa-apa ker?”
“Kak long tak tanya pun dia.”
“Hal macam ni rasanya baik kak long tanya along sendiri. Nak main teka-teka ni karang tersalah teka, hati kita yang sakit sendiri. Tapi, angah yakin... Along takkan buat perangai gila nak terima semula perempuan tu. Silap haribulan umi halau along kalau along macam-macam.” Tegas angah dengan riak muka yakin.
Aku meraup muka.Separuh hati mahu mempercayai kata-kata angah diba. Separuh lagi pula mahu menolak. Cinta pertamakan dibawa sampai ke mati. Marissa tu cinta pertama along. Tak susah untuk along kembali menerima Marissa semula.
Cinta pertama dengan cinta kedua atau cinta paksa rela ni, confirm cinta pertama yang akan menang!
Memang aku kalah mati!
“Kak long kena buat sesi hati ke hati dengan along.” Unjuran angah diba aku sambut dengan senyum tawar. Hati ke hati? Bagaimana kalau hati ke hati, yang pengakhirnya hati aku yang rentung terbakar dek sakit hati?
Huwaaa...
Terlelap aku dekat bilik angah diba. Terjaga bila azan insya berkumandang dari surau sana. Angah Diba pun sudah tiada dalam bilik. Dengan langkah longlai, aku melangkah keluar dari bilik angah diba menuju ke dapur. Mahu mengisi tekak dengan air masak.
“"Dah sampai masa untuk kami hidup macam pasangan yang lain. Along ambil masa setahun untuk along kenal dia. Dah kenal sekarang along dah sayang isteri along... Terima kasih umi sebab hadiahkan along isteri sebaik Bella."
Erk. Langkahku terhenti betul-betul pada dinding yang memisahkan dapur dengan ruang tamu. Suara along dengan umi jelas kedengaran. Antara dua. Mahu curi dengar atau patah balik semula ya? Sesungguhnya perbuatan mencuri dengar itu bukan perkara yang baik ya. Tapi, inilah peluang untuk aku tahu tentang hati along melalui umi. Okey, curi dengarlah sikit.
"Along dah sayang Bella, umi. Sayang sangat-sangat. Tak tahulah menantu umi tu jampi along ker apa." Dengar umi gelak. Aku tarik muncung. Aku pula salah ya. Silap kena tuduh aku jampi dia. Bila masa aku jampi dia pula. Dia yang jampi aku masa malam tu, ada la.
Hesy... Tak nak ingat! Tak nak ingat!
Mengeletik badan aku membawa geli. Terbayang kejadian 'malam bunga ros merah'. Spontan, aku tepuk dahi. Pejam mata, celik mata. Pejam mata, celik mata. Parah juga ya kau ni Bella...
"Along ni cuba fikir yang elok-elok. Ada pula dikata isteri jampi dia. Bella tu doalah. Kan doa seorang isteri tu mujarab sebagai jampi kasih sayang."
Yup,itu yang aku amalkan. Umi yang suruh aku amalkan masa hari pertama lagi aku dinikahkan. Setiap kali berdoa, kirimkan doa untuk suami juga. Setiap kali hujan, utuskan doa juga kerana bila hujan itu antara rahmat Allah. Apa yang penting jangan putus asa dengan rahmat Allah. Berdoa dan terus berdoa. Allah itu Maha Mendengar. Apa yang kita doakan, jika kita minta yang baik-baik, inshaAllah pasti akan dimakbulkan.  "Bella tu baikkan umi... Comel... Cantik..."
Alamak, panas sekejap muka aku. Along puji aku! Sebagai isteri tentulah aku rasa gembira. Yelah kalau dia puji aku depan-depan aku, tentu aku rasa dia Cuma nak ambil hati aku sahaja. Tapi, bila dia puji depan uminya... lain perasaan itu. Macamana nak cakap ya. Alah, perasaan yang lapang gitu. Rasanya hilang terbang dah perasaan ragu-ragu pasal bekas tunangan dia tu.
"Anak umi dah angau..."
Menantu umi pun dah angau jugak ni... Aduh!
Aku sentuh pipi sendiri. Panas!
Usai solat insya sendirian, aku duduk bersandar di tepi katil. Macam-macam ada dalam kepala aku sekarang. Esok dah nak balik kampus. Terpisah lagi sekali dengan suami. Ewah-ewah, dah ada rindu ya Puan Bella? Along belum lagi bukak mulut untuk duduk sama-sama. Mungkin belum lagi masa yang sesuai agaknya.
Tadi masa aku ‘curi dengar’ luahan perasaan antara along dengan umi, aku buat-buat terbatuk sebelum melangkah masuk ke dapur dengan muka tak bersalah. Kedua-duanya tersenyum sahaja memandang aku. Umi, senyum penuh kasih sayang. Along, senyum gatal pulak yang aku nampak. Haih...
Bila aku keluar sahaja, aku dengar along bisik-bisik lagi dengan umi. Amboi, rahsialah sangat ya. Tapi, apa yang pastinya... aku tahu antara aku dengan along, ada jalan untuk bahagia. Semoga Allah permudahkan. Jauhkan kami dari anasir-anasir jahat. Penuhkan rumahtangga kami dengan kasih sayang dan rahmatNya.
Amiin.
Pintu bilik terkuak dari luar. Aku menoleh. Si dia tersenyum memandang aku. Alamak, kacak pula dia dengan baju melayu dengan kain sarung berwarna biru langit senada. Alahai, sejuk mata memandang. Nak-nak bila dia tersenyum. Aduh, sabar Bella.
Sedar-sedar sahaja orang tu sudahpun melabuhkan kepalanya atas ribaan aku. Nak tolak pun tak sampai hati. Orang tu sudi nak bermanja-manja, biarkanlah. Esok-esok sorang ke barat, sorang ke timur. Entah bila pula nak berjumpa. Eh makcik Bella, gaya cerita macam duduk negara asing-asing!
Drama sangat, tahu!
Dia pejamkan mata. Melepaskan lelah agaknya. Inilah masanya untuk aku belek muka dia. Buat bekal esok hari ya Bella. Awak, sayang saya tak? Kalaulah awak tahu, hati saya ni dah lama huru hara dengan karenah awak. Mujurlah terkawal lagi. Kalau tidak, saya boleh jadi gila tau.
“Sayang Bella... sayang Lillahi Taala.”
Allah...
“Sayang abang... lillahi taala.” Orang memberi, kita membalas.
Pahala! Pahala! Pahala!
“Bisik apa tadi dengan umi?”
Biarpun matanya terpejam, namun bibirnya tetap mengukir senyum. Hai hati, simpan rindu banyak-banyak. Senyuman bervitamin C dia dah macam cupid memanah terus ke hati aku. Haih, bahaya.
“Nak tahu?” Dia dah gaya berbisik. Nada suara pun dah manja lain macam. Bahaya pulak signage yang aku nampak. Laju aku gelengkan kepala.
“Abang tanya umi...” Aku telan liur. Suspens ni!
Dia senyum herot, “Nak cucu tak?” heiii... apa jenis soalan tu cik abang sayang oii. Patutlah umi gelak sakan tadi. Sampai ada adegan tampar-tampar manja.
Aku tarik muncung. Habit baru agaknya. Pantang sentap sikit, mula buat muncung itik.
“Nak tahu tak jawapan umi?”
Aku diamkan mulut. Tak nak jawab. Sebab aku tahu, semuanya akan buat hati aku tergedik pula nanti.
“Umi nak cucu ramai-ramai. Jadinya, kita kenalah usaha gigih. Kan sayang?”
Sumpah!
Merinding roma aku. Kepala yang tidak sakit, aku picit. Entah kenapa ya yang picit kepala tu. Berapa banyak habit baru yang muncul ni? Aduh!
Along ni saja tau. Tercemar fikiran aku. Kan dah macam-macam aku terfikir.
“Tak yah nak picit-picit dahi tu sekarang. Tunggu lagi sebulan dua, kalau ada rezeki, meh abang tolong picitkan dahi tu.”
Haiya... along!
“Err... abang... Bella nak masuk pergi dapur jap.” Dengan penuh sopan, aku ambil bantal dan alas kepala along. Tak boleh duduk lama dalam bilik ini. Lain macam sangat dah ni.
“Pergi dapur tu... jangan lupa masuk bilik semula ya.”
Selesai aku sidai telekung terus aku cabut keluar bilik.
“Jangan lambat-lambat, nanti abang rindu...” Suara along dengan nada romantis menyapa telinga aku sebelum aku tutup pintu. Sempat lagi aku dengar dia gelak. Haih... Kejam! Kejam! Kejam!
Saja nak bagi aku pengsan kut?
Setengah jam aku dekat dapur. Siap boleh masak air, letak dalam bekas. Kemudian, basuh dan clear sinki. Kemudian, lap meja makan. Rasanya orang tu mesti dah tertidur, kan? Esok nak bangun awal. Dia, kan nak bawa kereta. Mana boleh tidur lambat.
Bella bijak!
Aku melangkah keluar dari dapur. Arah kaki melencong ke bilik angah diba sebaik sahaja aku terdengar suara along batuk-batuk dalam bilik. Aduhai, belum tidur lagi yea.
"Kau dah kenapa kak long?" Tanya angah diba dengan muka pelik. Yelah, terkejut kawan tu bila aku main tolak je pintu bilik dia yang tak berkunci. Masuk dengan muka tak bersalah langsung. Siap sengeh macam kerang rebus je.
"Kak Long tumpang tidur sini malam ni, boleh?"
Direct to the point. Bertambahlah riak pelik terpeta pada muka adik ipar aku.
Dia letakkan buku atas meja belajar dan melangkah mendekati aku. "Apa halnya? Yang takut sangat nak masuk bilik sendiri kenapa? Macam tak pernah masuk pun selama ni."
Aku sengeh. Kau tak tahu angah, setahun lepas secure lah masuk bilik. Tada hal. Aman, peace no war. Sejak semalam... dah tak secure. Dah ada vampire berambut shogun dalam bilik tu. Macam-macam boleh jadi. Dengan nak balik rumah sewa esoknya... Dibuatnya ada tanda-tanda mencurigakan. Apa aku nak jawab dengan budak-budak serumah tu yang otaknya geliga. Kena gigit dengan kucing parsi miang ek? Aah ya, kucing parsi gigit-gigit, cakar-cakar aku. Padahal aku ni bukannya mesra kucing sangatpun.
Haih, tak sanggup aku nak jadi bahan soal siasat budak-budak tu.
Naya hidup satu semester.
"Taklah. Panas. Sini sejuk sikit."
Angah Diba geleng kepala. Alah, percayalah. Please... pretty please!
Tuk! Tuk! Tuk! Spontan, mata aku terus kalih ke arah pintu. Alamak...
"Angah... " suara kucing parsi!
Aku dah terjun tiruk atas katil angah. Tarik selimut tutup satu badan. Kemudian komakan diri. Mujurlah katil dia tak patah. Tak apa, patah nanti kak long sanggup aje gantikan katil baru.
"Ada jenazah dalam bilik angah ye..." Suara angah mengekek makin menjauh. Suara lain berbisik pula. Huwaaa... jahat. Janganlah macam ni.
"Angah, tukar bilik ya. Along nak uruskan jenazah ni... "
Hesy! Matila mak!
Terus aku tarik selimut. Muka along dengan riak nakalnya ya ampun menyapa pandangan aku. Dia ni, kan...
“Benci!” Perlahan sahaja suara aku. Angah dah hilang. Mungkin betul dia tukar bilik agaknya. Hesy...
“Nak ke mana tu?”
“Balik bilik.”
“Ingat tak bilik kat mana? Meh abang...”
Ayat dia tak habis sebab aku dah rasa terawang-awang. “Abang!” Terjerit halus aku. Malu ni.
“Haip, diam-diam... Abang nak bawa isteri abang masuk bilik. Tadi dia lupa bilik dia kat mana. Kesian betul...”
Haih... Doa aku janganlah ada angah atau umi yang jadi penonton rancangan free ni!
“Please...” aku merayu dengan muka mohon simpati.
“Yang takut sangat kenapa?”
“Mana takut.” Haih, menjawab tu.
Along dah senyum senget dengan kening terangkat suku inci. “Okey... ni bilik kita tau sayang.”
Okey... Okey... Okey...
Aku takut!

4 comments:

  1. MaY_LiN10:49 pm

    hohoho
    malu ai..nakal la along romeo ni.
    mati la mak nakkk!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali bagi la dia nakai sikit. asyik kejung je

      Delete
  2. Anonymous8:24 am

    Okey...Okey...Okey...Paham...Paham...Sila, sila en Romeo bawak lerr bride you balik bilik sebelah😉 terbaek Cik ZZ....😘 zoora

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkihkih... bini sendiri. no harm, gitu

      Delete

Terima kasih sudi singgah blog ini.

#isabella - BAB 23

Hujung minggu, aku di kampung umi. Memandangkan along sudah sihat sepenuhnya, jadi umi pun mahu pulang semula ke Taiping. Kata umi, a...