Wednesday, March 15, 2017

#isabella - BAB 8

Menunggu adalah satu perkara yang cukup membosankan. Betul tak? Siapalah manusia yang sanggup menunggukan? Perkara menunggu ini sangat membuang masa. Itulah yang jadi dekat aku. Terpaksa menunggu Adel habis kelas sorang-sorang dekat kafe ni. Yang lain pula awal-awal lagi sudah sampai ke rumah. Jadi, memandangkan aku paling malas nak naik bas sebab kena tunggu bas yang selalu sahaja penuh dengan manusia dekat kampus ini. Makanya… hadaplah kebosanan menunggu ini!
            Nak ke perpustakaan pun tak ada mood. Style aku, kalau ada mood sahaja barulah aku boleh bertapa dekat dalam peti sejuk yang penuh dengan ilmu itu. Kalau ada mood ni, sampaikan rasa tak nak balik rumah. Pernah je aku minta Elia hantar baju salin aku sebab aku tengah gila study masa tu. Memang tak balik rumah dekat dua hari. Siap tumpang mandi dekat bilik junior.
            Gila, kan?
            Baru aku nak pejamkan mata, tiba-tiba sahaja kerusi di hadapan aku ditarik. Lah, malaun mana pulak yang nak kongsi kebosanan aku ni? Malas betul bab nak kena kongsi-kongsi meja kerusi ni. Sempat aku tebarkan pandangan.
            Eh, ada je meja lain yang kosong. Dah tu yang nak menyempit juga dekat sini apa kes. Terus aku angkat muka. Gulp, eh eh eh…
            “Orang ada masa terluang ni baca buku. Bukannya sibuk mengelamun.”
            Dush, aku kena sebijik. Terus muka nak senyum tak jadi. Haih, datang dah perangai Hitler dia tak kira tempat. Menyampah tahu!
            “Nak rehat. Mana boleh study 24 jam. Otak pun kena rehat!” Tempelakku dengan nada suara yang tertahan. Maaflah cik abang sayang, isteri awak datang bulan sekarang. Emosi tengah kacau bilau. Naya je kalau cari pasal.
            “Alasan.” Dah, itu pulak katanya. Malas betul nak tambah dosa ni. Baiklah aku diam je. Yelah, aku kan junior. Tak baik nak lawan-lawan dengan senior.
            Sudahnya, aku diamkan sahaja mulut ini. Tak balas ayat dia walaupun kalau ikutkan memang aku nak balas biar dia gagap nak jawab. Tapi, dia suami. Aku kena ingat bab yang itu. Lawan kiri lawan kanan, tak ada penamat yang bagus. Balik kampung, muka dia juga yang aku kena mengadap. Dibuatkan perang, kemudian umi pula tahu. Aduh, tak naklah bagi hati umi risau.
            Jadi, sabar!
            Be patience!
            Aku ambil masa yang ada untuk tenung muka along Hitler ini. Dari juntaian anak rambut. Aku tergelak dalam hati. Ingat lagi, umi bukannya suka sangat rambut ala shogun along ni. Pernahlah jugak umi ugut nak potong kalau along buat hal dengan aku. Ngee… kami semua tau, along ni sayang gila dengan rambut ala shogun dia tu.
            Kemudian mata aku turun ke dahi dia. Luas sangat taklah, sempit sangat pun tak. Sedang-sedang je. Kening dia… Lebat sederhana dan hitam pekat. Kekadang Nampak macam berkilat pula. Mungkin dia letak minyak. Err, ada eh orang letak minyak dekat kening? Entah.
            Alis mata. Sumpah, alis mata dia cantik. Melentik bukannya angkara mascara ya. Oh ya, adik beradik dia yang lain pun sama. Semuanya mempunyai alis mata yang cantik, original gitu. Taklah panjang sangat pun, tapi tetap Nampak kelentikkannya.
            Turun ke mata pula. Coklat gelap anak mata dia. Dulu aku ingatkan dia pakai lens. Mana tau, kan. Rupanya tak. Dia ikut warna anak mata umi. Manakala adik beradik dia yang lain ikut arwah walid, kata umi. So, cantikkan?
            Bentuk muka dia, nak kata berpetak tu taklah bersegi tajam. Tapi tetap ada seginya. Nampak pipi ke rahang yang berbentuk. Kata abang Diba, along ni stok muka lelaki latin. Boleh jadi model gitu. Awal-awal lagi umi dah pesan. Jadi model? Memang umi tak bagi. Ada yang kena halau keluar rumah kalau jadi model.
            Lagi?
            Hidung dia. Tak mancung sangat-sangat. Cukup sederhana je mancung dia.
            Bibir dia… Merah nak pink. Okey, Nampak tidak tercemar dengan bahana rokok. Banyak-banyak tempat, aku cukup suka tengok bibir dia. Bila dia cakapkan, Nampak bibir dia comel. Berlaga-laga bukan main lagi. Rasa nak…
            Tak naklah cerita. Bahaya. Ngeee…
            Badan dia?
            Bekas pemain rugbi. Tak sesasa The Rock. Syukur, sebab aku memang tak boleh pandang lelaki berbadan besar atas, bawah kecil. Sumpah, aku akan rasa mual tekak. Tak lalu nak pandang. Rasa kelakar. Tak balance tubuh tau. Risau pulak aku kalau lelaki-lelaki begitu ni rebah masa berlari.
            So, along?
            Badan dia tu sedang-sedang je. Selalu je dia ajak alang dengan achik masuk gym. Budak-budak tu banyak ngelat tapi apa nak kata dah kalau komander yang kerah, kan. Nak tak nak kenalah jugak. Jadi, badan mereka pun Nampak juga ada otot. Along? Aku Nampak macam selamat je kalau aku berlindung dekat dia. Haa… itu je yang aku boleh bagitau pasal body dia.
            “Tengok macam nak telan. Kenapa? Lapar?”
            Aku tersentak!
            Alamak, dia perasanlah pulak. Bukan dia tengah tengok skrin telefon dia ker?
            “Aah, memang lapar. Makan awak, boleh?” Cover malu sebab merenung suami snendiri. Blushing? Huwaa… makcik tak tau mana nak sorok muka ni.
            “Mengarut.” Itu je ayat dia. Mujurlah… kalau dia pun sambung ayat-ayat mengarut tu, agak-agaknya aku boleh pengsan kat sini. Ada jugak CPR free aku dapat kang.
            “Otak tu jangan nak kuning sangat. Kenapa, selalu tengok blue film eh?”
            Peh, dia tuduh aku babe!!!
            Ni bukan blushing dah, ni dah naik warna hijau kut.
            “Tuduh! Minta maaf balik!”
            “Betullah. Kalau tak, tak adalah ayat macam gatal sangat.”
            Aku pandang dia ni kecik besar kecik besar. Nak gurau pun tak faham eh. Lawak orang dah kawin? Tapi, aku dengan along ni… Kawin saja. Akad je. Jeeeee…
            Patutlah, dia tak faham.
            “Lepas ni cuba banyakkan solat taubat, baca Al-Quran.”
            Tu diaaaa…
            Aku bingkas bangun. Jeling dia sedas. Marah ni, tahu?
            “Cakap sikit merajuk. Itulah dia perempuan.”
            Oh tuhan, tolong berikan aku kesabaran lebih tinggi dari Gunung Everest!          
            Elok sahaja kaki mahu melangkah, “Bella!” Aku angkat muka. Terpempan seketika. Si dia sedang tersenyum manis.
            “Patutlah mata kanan abang Zikr ni terkenyit-kenyit je dari tadi. Nak jumpa buah hati rupanya.” Aku tarik senyum hambar. Yelah, takkan nak tayang muka ketat pula. Kang, mesti dia terfikir sesuatu pulak.
            “Jom duduk sayang.”
Gulp, sayang? Tanpa suara, beg galas aku beralih tangan. Aku tergamam. Aku langkah kirikah masa nak keluar tadi? Huwaaa… makcik nak meraung!
“Sayang nak minum apa?”
Terus pandang muka along. Cuping teling dia merah-merah. Dia marahkah? Gila kau kalau tak marah. Dia pun tak pernah panggil aku sayang. Walaupun aku memang teringin jugak nak dengar dia sebut perkataan sayang tu. Tak tahulah kut aku boleh kempunan semata-mata tunggu dia cakap perkataan sayang.
“Abang Zikr belikan air tea ais, nak?” Sumpah, aku rasa loya dengar suara ala menggoda lelaki ini. Tak tahu nak tayang muka macamana.
“Sayang tunggu sini tau. Jangan ke mana-mana.” Zikr terus bangun. Kemudian dia menuju ke kaunter pembelian air.
Aku pandang muka along Hitler ni, lama-lama. Naik risau jadinya. Nak-nak bila aku rasakan yang Zikr tadi buat hal yang melampau. Mana pernah dia panggil aku sayangpun selama ni. Paling pun dia sekadar panggil aku Bella je. Sayang? Depan suami ‘sayang’ pulak tu.
            Kenyit-kenyit mata kanan dia? Tu namanya nak minta kena tumbuk!
            Tapi, melihatkan raut wajah along yang berubah masa Zikr panggil sayang tadi, buat aku rasa nak senyum. Sebab… Nampaknya along ni ada la juga perasaan. Sumpah, kalau muka along masih lagi selamba dan tenang je, aku rasa sedih sangat. Aku ni isteri dia kut. Takkanlah dia boleh buat bodoh je lelaki lain panggil isteri sendiri, sayang.
            “Kenapa senyum-senyum? Suka?” Dia ni laa… suka betul sergah aku.
            Aku hela nafas panjang. Tersandar. Sempat mengerling Zikr. Mohon lambat-lambatlah dia sampai sini. Rasanya, aku yang kena mulakan langkah pertama. Kalau dah dua-dua slow dan asyik loading je bab kasih sayang ni, macamana nak teruskan hidup dengan ikatan ini.
            Analisa aku, along ni jenis lelaki yang suka tapi tak nak cakap. Nak suruh perempuan tu faham sendiri. Hello, takut sangat kecewa kea pa sebenarnya? Aku pula perempuan yang nak tahu dari bibir, sekali pun jadilah. Kata dia memang sayang aku. Cinta? Benda tu boleh datang dengan sendiri kalau dah tahu perasaan masing-masing. Ye tak?
            Kalaulah kata memang aku yang syok sendiri, aku rasa bolehlah aku fikir-fikirkan masa depan aku sekarang. Dah boleh merencana. Dan, yang paling utama, hati aku belum sempat melanggar garisan sayang kepada cinta.
            Senang cerita, kalaupun aku kecewa, taklah frust tertonggeng sangat. Masih ada ruang untuk aku recover sendiri.
            “Bella rasa, Bella dah jatuh cinta.” Tuturku dengan lafaz bismillah di dalam hati. Ingat senang nak confess ni.
            “Okey.” Erk, tu je response dia? Haih, ketuk dahi awak boleh tak encik suami?
            “Bella nak hidup dengan orang yang Bella cintai.” Aku tambah lagi ayat tu. Nak sangat tengok dia angkat muka dan pandang muka aku. Instead of, dia sekarang ralit memandang telefon dia. Kemudian dia akan Tanya, siapa yang Bella jatuh cinta tu? Masa tu aku nak cakap satu nama saja.
            Arsh Raaiiq.
            “So?”
            Haih, penatlah. Sepatah-sepatah response dia. Aku mula geram sendiri. Yelah, kita ni beria la nak confess bagai. Dia buat tak tahu je. Siapa tak naik angin, kan? Dan aku bukannya perempuan yang dianugerahkan sifat penyabar yang maha tebal.
            “Pandang skrin telefon tu dapat pahala ker? Muka Bella dengan skrin telefon tu, mana lagi banyak pahala yang boleh beri kat awak?”
            Aku Nampak bibirnya sengeh herot. Tapi, mata masih lagi ralit menatap telefon. Tak tahu kenapa, dia ni memang suka menduga aku dalam bab begini agaknya. Atau, hati dia memang tak lut dengan acara confess segala.
            Jenis pasrah dan reda.
            Apa nak jadi, jadilah.
            Buat apa nak ambil kisah, kan?
            Ikut je arah angin yang ditiup. Ke barat pun boleh, ke timur pun boleh!
            Aku Nampak langkah Zikr penuh dengan senyuman. Di tangannya ada dulang. Ada tiga gelas air. Dah dok terbayang-bayang kalau jap lagi air tu aku simbah atas rambut shogun dia tu. Aci tak?
            Dia, suami kau Bella.
            Ingat yang itu.
            Ingat betul-betul.
            Aku beristighfar di dalam hati. Hasutan syaitan untuk mendekatkan aku dengan pintu neraka. Kena sabar banyak-banyak dengan karenah along. Aku bukannya baru kenal dia sehari dua. Dah setahun aku jadi isteri dia. Boleh katakan, aku memang kenal dia. Secara luaran sahaja.
Dalamannya?
Kenapalah aku kalut sangat bab luahkan perasaan ni semua? Mungkin sebab aku rasa dah sampai masanya untuk aku dan along tahu tentang perasaan masing-masing. Takkan nak hidup selamanya begini.
Dia ke utara, aku ke selatan.
Komunikasi sebagai suami isteri antara aku dengan along, breakdown!
Mana tahu, dalam hati along ada seseorang yang memang dia tunggu. Aku perlu tahu dengan jelas. Aku tak nak aku bahagia sorang-sorang. Along tak bahagia pun. Dan kebahagiaan aku atas penderitaan orang lain.
Memanglah umi kata, along tu tak ada sesiapa pun selepas dia putus tunang. Tapi, soal hati ni susahlah nak main teka-teka-tekuk. Memang jatuh telungkuplah jawabnya hati dan perasaan ni.
Hint?
Keyakinan?
Bersabarlah lagi Bella. Doa dan doa lagi. Sentiasa bersangka baik.
Selagi along tu masih lagi suami aku, aku akan anggap dia sayangkan aku. Boleh gitu ek? Dah tu? Takkan nak anggap dia bencikan aku pula. Memang tak tidur malamlah aku lepas ni. Nauzubillah.
Tak apalah, mungkin rezeki aku dapat suami yang susah nak cakap sayang. Rezeki juga tu, ada juga suami. Nak kata dia selalu sakitkan hati aku tu, bukanlah selalu sangat. Melainkan aku yang kadang-kadang suka cari pasal juga.
Dan rezeki juga, dia tak pernah mengasari aku secara fizikal.
Dan, alhamdulillah setakat ni aku mampu lagi bertahan mengikut rentak dia.
Doa banyak-banyak Bella. Ingat, doa seorang isteri tu, inshaAllah makbul.
“Tea ais untuk Bella.” Gelas dihulur kepada aku. Kemudian dua lagi gelas diletakkan untuk along Hitler dan dia sendiri.
Agak lama suasana jadi jeda. Aku, dalam proses menenangkan diri. Along, masih setia matanya dengan skrin telefon. Dan, Zikr…
Merenung aku tanpa izin!
“Bila rasanya abang Zikr boleh masuk meminang Bella ya?”
Haah?!
Along tuntas angkat muka. Tampangnya jelas menahan marah.
“Arsh, ni la merpati putih yang aku ceritakan kat kau tu.”
Krik krik krik. Merpati putih?
Along bingkas bangun, bergegar meja. Gelas airnya bergoyang lalu… tumpah!
“Arsh!”
“Sorry!”
Dan along terus berlalu meninggalkan aku. “Sorry Bella, abang pergi dulu. Sebab datang dengan Arsh tadi… angin apa tah. Bergaduh dengan girlfriend kut.”
Zikr kenyit mata nakal sebelum berlalu meninggalkan aku yang terpinga-pinga sendiri. Dada dah rasa nak pecah. Dia ada girlfriend?
Aku nak nangis!

Harapan macam tinggal harapan!

4 comments:

  1. MaY_LiN1:12 am

    huaaaa..sentap kite tau

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:16 pm

    šŸ˜­šŸ˜­šŸ˜­...šŸ˜¤a.l.o.n.g.h.i.t.l.e.ršŸ‘ŠšŸ‘ŠšŸ’£šŸ™…šŸ˜ ...šŸ˜šŸ˜˜ zoora

    On a serious note...sila semak penggunaan perkataan "patience"... Be patient (adjective)... Have patience (noun)...jangan marah ye rr✌✌✌

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak marah... sayang lagi ada la sebab sudi tegur. nanti saya betulkan...

      Delete
  3. Kak Yin... Nak sambungannnn

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah blog ini.

#isabella - BAB 23

Hujung minggu, aku di kampung umi. Memandangkan along sudah sihat sepenuhnya, jadi umi pun mahu pulang semula ke Taiping. Kata umi, a...