Pernah tak dengar tuah
ayam Nampak kat kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tuah Bella, Nampak
kat mana ya? Pucuk dicita ulam mendatang, gitu. Rasa nak sengeh je bila
Nampak along Hitler dengan gaya ala shogunnya masuk ke dalam kelas
tutorial. Orang lain bersorak sebab pengganti pensyarah terlebih hormone
sedap mata memandang agaknya.
“Segar bugar mata aku hari ni.” Kata orang sebelah aku.
“Kau rasa kalau aku tackle abang shogun tu, okey tak?”
Amboi… rasa nak luku pulak kepala anak-anak dara yang teruja sangat ni. Laki aku tu cik kak sekelian. Laki aku!
“Eh, korang nak dengar gosip tak?”
Aku pasang telinga!
“Abang shogun tu dah ada awek la. Pensyarah dekat Fakulti Seni.”
“Sungguh ka?”
“Ya la.”
“Laaa… hang tau mana?”
“Aku tau la… Dari sumber yang boleh dipercayai.”
Pergh, kondisi hati aku tatkala ini? Tak tahulah. Berasap hangit
agaknya. Tersentap sekejap jantung aku. Mata dipejamkan. Nafas dihela
dengan perlahan. Cuba untuk menenangkan hati dan perasaan aku yang sudah
berkecamuk.
Pensyarah? Aku? Student semester akhir yang belum
tentu lagi akan dapat kerja atau tidak bila tamat belajar nanti.
Susah-susah, aku lari balik Belanda. Minta kerja dengan Uncle Dutch
dekat ladang tulip dia. Kan?
Tapi… tak bolehlah nak percaya
sangat-sangat. Mana tau, rumor semata-mata. Okey, cool and chill Bella.
Jangan nak sentap tak tentu hala. Sila dapatkan maklumat yang tepat
berkaitan hal ini. Siapa?
“Hai Bella…” Ya, informer yang boleh
dipercayai datang menyerah diri. Di sebelah aku, dia labuhkan duduk.
Rupanya sekarang masa untuk tutor-tutor ni ‘membantu’ kami dalam masalah
berkaitan pembelanjaran.
Kita melencong sikit, bolehkan?
“Ada
apa-apa yang abang boleh tolong?” Dia senyum. Ada lesung pipit dalam
yang menawan dekat pipi kanannya. Dengan mata sepet, sekali pandang
macam Anuar Zain, adiknya Kak Ziana Zain tu. Tapi sayang tetap tidak
mampu menawan hati seorang Isabella.
Mataku melingas. Mencari
seseorang. Yelah, nak buat kerja-kerja nakal ni kena pastikan line
clear. Okey, si dia sedang sibuk mengajar sekumpulan pelajar lelaki.
Taklah membulat mata aku. Kalau sekumpulan pelajar perempuan? Ada jugak
mata yang tercabut dari soketnya tu.
“Nak ajak bergosip, nak?”
Zikr tergelak. Mujur perlahan. Kalau kuat, tentu-tentu semua orang akan
memandang kami dengan pandangan pelik. Boleh timbul cerita yang berapa
sedap nak dengar pulak nanti. Bahaya.
“Okey… nak gosip pasal apa?”
“Cikgu yang sorang tu dah ada awek eh?” Zikr pusing kepala. Pandang pada Along Hitler dan kemudian kalih pada aku.
Dia mendekatkan mukanya. Berbisik, “Ada… diam-diam tau.”
Aku telan liur. Okey, bukan rumors dah.
“Lecturer kat sini jugak. Cantik. Arsh kata hujung tahun ni nak kawin.”
Buk! Buk! Buk!
Rasanya kalaulah boleh dengar jantung aku yang luruh sampai ke tumit,
makanya itulah bunyi yang akan kedengaran. Tersandar aku ke kerusi.
Hujung tahun nak kawin? Ini boleh menimbulkan perasaan kecewa nih.
“Kenapa Bella nak tahu? Bella sukakan dia ker?” Zikr tayang muka frust
pula. Yelah, aku kenal Zikr masa aku semester pertama lagi. Dia jadi
abang mentor masa minggu haluan siswa tu. Dia masa tu dah semester
akhir. Kata Elia, Zikr ni memang sukakan aku sejak aku semester pertama
lagi. Aku buat tak tahu saja. Entahlah, mungkin seru untuk bercinta tu
belum sampai-sampai. Sebab itulah kasih Zikr ni tak bersambut-sambut.
“Saja tanya. Tiba-tiba je ada gosip panas pasal kawan abang Zikr tu.”
Dan, sesungguhnya mood aku menjunam dengan jayanya pada hari ini.
Semangat berkobar-kobar konon nak menjalankan misi mengubati luka Arsh
Raaiiq tu Nampak gayanya dah jadi debu. Ada orang lain yang terlebih
dahulu Berjaya mengubati hati dia.
Besar kemungkinan, misi merebut
hati inche suami pula bakal aku lancarkan. Tapi, itulah aku. Bab nak
berebut ni, aku tak suka. Selalunya aku lebih suka mengalah je. Macam si
Zikr tu. Sebenarnya dalam tempoh yang kawan-kawan aku kata dia suka aku
tu, ada sorang senior bagi aku warning.
Dia nakkan Zikr!
So… apa nak kisah. Ambil jelah, kan?
Tu antara sebab aku tak layan perasaan suka Zikr ni. Sebab aku tak nak
berebut. Apatah lagi mahu berkongsi. Memang taklah jawabnya. Rela lagi
aku sendiri je. Tak sesak kepala otak aku memikir yang entah-entah ni.
Tapi…
Along Hitler tu suami aku sekarang. Dan, dalam hati dia ada orang lain!
Istilah berebut atau berkongsi ni relevan tak?
Aku, Isabella Nurani… memang tak suka kalau perlu berkongsi apatah lagi
berebut. Kalau along Hitler dah ada seseorang yang mampu untuk
membuatkan dia bahagia, untuk apa lagi aku kekal di sisinya. Mungkin,
jalan terbaik adalah berpisah.
“Kau apa hal Bell, macam orang hilang
laki?” Semua gelak. Aku je tak mampu nak gelak. Memang bakal ‘mati’
laki pun. Rasanya rahsia tentang aku dengan along Hitler bakal terkubur
begitu sajalah. Senang juga, tak perlulah nak pecahkan kepala nak
fikirkan cara nak bagitau budak-budak ni.
“Eh… Eh… korang tu!!!” DD muncung itik bibirnya ke satu arah.
“Itu ker makwe dia?” Suara Elia.
“Yelah tu. Pensyarah Faiz tu.”
“Nama dia Dr Marissa, kan?”
Zap, terus aku rasa macam ada kejutan elektrik dekat otak aku.
Marissa-Along Hitler.
Bukankah
Marissa tu… Aku memaku pandang arah yang disebutkan DD. Sepasang lelaki
dan perempuan sedang duduk dan mungkin sahaja sedang berbincang. Dari
jauh, memang itulah dia along Hitler. Gaya dia tu, tak perlu disangkal.
Dan, perempuan itu?
Marissa.
Marissa yang samakah yang pernah menjadi tunangan Along Hitler ni?
Marissa yang samakah yang pernah mengecewakan Along Hitler ni?
Atau… Marissa yang lain?
Kalau
tak nak serabut kepala, aku akan anggap Marissa yang lain. Hanya kerana
mempunyai nama yang serupa, hakikatnya adalah orang yang berbeza.
Senang cerita.
Kalau itu adalah Marissa yang sama?
Takkan itu perempuan yang katanya along nak kawin hujung tahun ni?
“Angah
Diba, ada gambar Marissa tak?” Itu sahajalah sumber yang boleh membantu
aku sekarang. Dah tu, takkan aku nak minta dekat along sendiri. Mahu
aku kena pelempang Hitler karang. Sudahnya, aku minta dekat angah juga.
Nak minta dekat umi pun, bukannya cara yang terbaik.
“Nak buat apa?”
“Saja nak tengok.”
“Kak long, kau punya alasan tu memang kelas tadika punya. Bagitau yang sebenarnya, please!”
Angah Diba telah mendesak aku. Nak tak nak aku terpaksa juga membuka cerita tentang Marissa.
“What?!!!” Sakit gegendang telinga aku dengan suara angah diba yang betul-betul terkejut tu.
“Takkanlah.”
“Seriously… TU sebab kak long nak tengok muka Marissa tu. Orang yang sama atau tak.”
Angah Diba tarik nafas dalam.
Tak lama kemudian, kiriman gambar aku terima dalam telefon aku.
Terkedu sendiri.
“Kak Long… Dia ker?”
Nafasku laju. Marissa yang …
“Sama.”
Talian sunyi di sana. Angah Diba pengsankah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
#isabella - BAB 23
Hujung minggu, aku di kampung umi. Memandangkan along sudah sihat sepenuhnya, jadi umi pun mahu pulang semula ke Taiping. Kata umi, a...

-
Dia Isabella Di bawah jagaan seorang Along Hitler Bukan sehari dua, tapi seumur hidup yang ada Dia Hitler Tapi, tetap punya ...
-
Menunggu adalah satu perkara yang cukup membosankan. Betul tak? Siapalah manusia yang sanggup menunggukan? Perkara menunggu ini sangat memb...
-
Dah dua tiga hari, fikiran aku jadi tak menentu gara-gara sebaris ayat yang dicakapkan oleh Zikr, ‘Gaduh dengan girlfriend kut’. Satu je s...
Alahai cik zz...kat meow city tak de bullet train...semput nih mengejar, vrooommmm....zoora
ReplyDeletengeee... sampai bab 14 dah ni. citer ni sampai bab 20 je cik zoora
DeleteAs salam...heee lupa...muah...zoora
ReplyDelete