Menunggu
adalah satu perkara yang cukup membosankan. Betul tak? Siapalah manusia yang
sanggup menunggukan? Perkara menunggu ini sangat membuang masa. Itulah yang
jadi dekat aku. Terpaksa menunggu Adel habis kelas sorang-sorang dekat kafe ni.
Yang lain pula awal-awal lagi sudah sampai ke rumah. Jadi, memandangkan aku
paling malas nak naik bas sebab kena tunggu bas yang selalu sahaja penuh dengan
manusia dekat kampus ini. Makanya… hadaplah kebosanan menunggu ini!
Nak ke perpustakaan pun tak ada
mood. Style aku, kalau ada mood sahaja barulah aku boleh bertapa dekat dalam
peti sejuk yang penuh dengan ilmu itu. Kalau ada mood ni, sampaikan rasa tak
nak balik rumah. Pernah je aku minta Elia hantar baju salin aku sebab aku
tengah gila study masa tu. Memang tak balik rumah dekat dua hari. Siap tumpang
mandi dekat bilik junior.
Gila, kan?
Baru aku nak pejamkan mata, tiba-tiba
sahaja kerusi di hadapan aku ditarik. Lah, malaun mana pulak yang nak kongsi
kebosanan aku ni? Malas betul bab nak kena kongsi-kongsi meja kerusi ni. Sempat
aku tebarkan pandangan.
Eh, ada je meja lain yang kosong.
Dah tu yang nak menyempit juga dekat sini apa kes. Terus aku angkat muka. Gulp,
eh eh eh…
“Orang ada masa terluang ni baca
buku. Bukannya sibuk mengelamun.”
Dush, aku kena sebijik. Terus muka
nak senyum tak jadi. Haih, datang dah perangai Hitler dia tak kira tempat.
Menyampah tahu!
“Nak rehat. Mana boleh study 24 jam.
Otak pun kena rehat!” Tempelakku dengan nada suara yang tertahan. Maaflah cik
abang sayang, isteri awak datang bulan sekarang. Emosi tengah kacau bilau. Naya
je kalau cari pasal.
“Alasan.” Dah, itu pulak katanya.
Malas betul nak tambah dosa ni. Baiklah aku diam je. Yelah, aku kan junior. Tak
baik nak lawan-lawan dengan senior.
Sudahnya, aku diamkan sahaja mulut
ini. Tak balas ayat dia walaupun kalau ikutkan memang aku nak balas biar dia
gagap nak jawab. Tapi, dia suami. Aku kena ingat bab yang itu. Lawan kiri lawan
kanan, tak ada penamat yang bagus. Balik kampung, muka dia juga yang aku kena
mengadap. Dibuatkan perang, kemudian umi pula tahu. Aduh, tak naklah bagi hati
umi risau.
Jadi, sabar!
Be patience!
Aku ambil masa yang ada untuk tenung
muka along Hitler ini. Dari juntaian anak rambut. Aku tergelak dalam hati.
Ingat lagi, umi bukannya suka sangat rambut ala shogun along ni. Pernahlah
jugak umi ugut nak potong kalau along buat hal dengan aku. Ngee… kami semua
tau, along ni sayang gila dengan rambut ala shogun dia tu.
Kemudian mata aku turun ke dahi dia.
Luas sangat taklah, sempit sangat pun tak. Sedang-sedang je. Kening dia… Lebat
sederhana dan hitam pekat. Kekadang Nampak macam berkilat pula. Mungkin dia
letak minyak. Err, ada eh orang letak minyak dekat kening? Entah.
Alis mata. Sumpah, alis mata dia
cantik. Melentik bukannya angkara mascara ya. Oh ya, adik beradik dia yang lain
pun sama. Semuanya mempunyai alis mata yang cantik, original gitu. Taklah
panjang sangat pun, tapi tetap Nampak kelentikkannya.
Turun ke mata pula. Coklat gelap
anak mata dia. Dulu aku ingatkan dia pakai lens. Mana tau, kan. Rupanya tak.
Dia ikut warna anak mata umi. Manakala adik beradik dia yang lain ikut arwah
walid, kata umi. So, cantikkan?
Bentuk muka dia, nak kata berpetak
tu taklah bersegi tajam. Tapi tetap ada seginya. Nampak pipi ke rahang yang
berbentuk. Kata abang Diba, along ni stok muka lelaki latin. Boleh jadi model
gitu. Awal-awal lagi umi dah pesan. Jadi model? Memang umi tak bagi. Ada yang
kena halau keluar rumah kalau jadi model.
Lagi?
Hidung dia. Tak mancung
sangat-sangat. Cukup sederhana je mancung dia.
Bibir dia… Merah nak pink. Okey,
Nampak tidak tercemar dengan bahana rokok. Banyak-banyak tempat, aku cukup suka
tengok bibir dia. Bila dia cakapkan, Nampak bibir dia comel. Berlaga-laga bukan
main lagi. Rasa nak…
Tak naklah cerita. Bahaya. Ngeee…
Badan dia?
Bekas pemain rugbi. Tak sesasa The
Rock. Syukur, sebab aku memang tak boleh pandang lelaki berbadan besar atas,
bawah kecil. Sumpah, aku akan rasa mual tekak. Tak lalu nak pandang. Rasa
kelakar. Tak balance tubuh tau. Risau pulak aku kalau lelaki-lelaki begitu ni
rebah masa berlari.
So, along?
Badan dia tu sedang-sedang je.
Selalu je dia ajak alang dengan achik masuk gym. Budak-budak tu banyak ngelat
tapi apa nak kata dah kalau komander yang kerah, kan. Nak tak nak kenalah
jugak. Jadi, badan mereka pun Nampak juga ada otot. Along? Aku Nampak macam
selamat je kalau aku berlindung dekat dia. Haa… itu je yang aku boleh bagitau
pasal body dia.
“Tengok macam nak telan. Kenapa?
Lapar?”
Aku tersentak!
Alamak, dia perasanlah pulak. Bukan
dia tengah tengok skrin telefon dia ker?
“Aah, memang lapar. Makan awak,
boleh?” Cover malu sebab merenung suami snendiri. Blushing? Huwaa… makcik tak
tau mana nak sorok muka ni.
“Mengarut.” Itu je ayat dia.
Mujurlah… kalau dia pun sambung ayat-ayat mengarut tu, agak-agaknya aku boleh
pengsan kat sini. Ada jugak CPR free aku dapat kang.
“Otak tu jangan nak kuning sangat. Kenapa,
selalu tengok blue film eh?”
Peh, dia tuduh aku babe!!!
Ni bukan blushing dah, ni dah naik
warna hijau kut.
“Tuduh! Minta maaf balik!”
“Betullah. Kalau tak, tak adalah
ayat macam gatal sangat.”
Aku pandang dia ni kecik besar kecik
besar. Nak gurau pun tak faham eh. Lawak orang dah kawin? Tapi, aku dengan
along ni… Kawin saja. Akad je. Jeeeee…
Patutlah, dia tak faham.
“Lepas ni cuba banyakkan solat
taubat, baca Al-Quran.”
Tu diaaaa…
Aku bingkas bangun. Jeling dia
sedas. Marah ni, tahu?
“Cakap sikit merajuk. Itulah dia
perempuan.”
Oh tuhan, tolong berikan aku
kesabaran lebih tinggi dari Gunung Everest!
Elok sahaja kaki mahu melangkah,
“Bella!” Aku angkat muka. Terpempan seketika. Si dia sedang tersenyum manis.
“Patutlah mata kanan abang Zikr ni
terkenyit-kenyit je dari tadi. Nak jumpa buah hati rupanya.” Aku tarik senyum
hambar. Yelah, takkan nak tayang muka ketat pula. Kang, mesti dia terfikir
sesuatu pulak.
“Jom duduk sayang.”
Gulp, sayang? Tanpa suara, beg
galas aku beralih tangan. Aku tergamam. Aku langkah kirikah masa nak keluar
tadi? Huwaaa… makcik nak meraung!
“Sayang nak minum apa?”
Terus pandang muka along.
Cuping teling dia merah-merah. Dia marahkah? Gila kau kalau tak marah. Dia pun
tak pernah panggil aku sayang. Walaupun aku memang teringin jugak nak dengar
dia sebut perkataan sayang tu. Tak tahulah kut aku boleh kempunan semata-mata
tunggu dia cakap perkataan sayang.
“Abang Zikr belikan air tea
ais, nak?” Sumpah, aku rasa loya dengar suara ala menggoda lelaki ini. Tak tahu
nak tayang muka macamana.
“Sayang tunggu sini tau. Jangan
ke mana-mana.” Zikr terus bangun. Kemudian dia menuju ke kaunter pembelian air.
Aku pandang muka along Hitler
ni, lama-lama. Naik risau jadinya. Nak-nak bila aku rasakan yang Zikr tadi buat
hal yang melampau. Mana pernah dia panggil aku sayangpun selama ni. Paling pun
dia sekadar panggil aku Bella je. Sayang? Depan suami ‘sayang’ pulak tu.
Kenyit-kenyit mata kanan dia? Tu
namanya nak minta kena tumbuk!
Tapi, melihatkan raut wajah along
yang berubah masa Zikr panggil sayang tadi, buat aku rasa nak senyum. Sebab…
Nampaknya along ni ada la juga perasaan. Sumpah, kalau muka along masih lagi
selamba dan tenang je, aku rasa sedih sangat. Aku ni isteri dia kut. Takkanlah
dia boleh buat bodoh je lelaki lain panggil isteri sendiri, sayang.
“Kenapa senyum-senyum? Suka?” Dia ni
laa… suka betul sergah aku.
Aku hela nafas panjang. Tersandar.
Sempat mengerling Zikr. Mohon lambat-lambatlah dia sampai sini. Rasanya, aku
yang kena mulakan langkah pertama. Kalau dah dua-dua slow dan asyik loading je
bab kasih sayang ni, macamana nak teruskan hidup dengan ikatan ini.
Analisa aku, along ni jenis lelaki
yang suka tapi tak nak cakap. Nak suruh perempuan tu faham sendiri. Hello,
takut sangat kecewa kea pa sebenarnya? Aku pula perempuan yang nak tahu dari
bibir, sekali pun jadilah. Kata dia memang sayang aku. Cinta? Benda tu boleh
datang dengan sendiri kalau dah tahu perasaan masing-masing. Ye tak?
Kalaulah kata memang aku yang syok
sendiri, aku rasa bolehlah aku fikir-fikirkan masa depan aku sekarang. Dah
boleh merencana. Dan, yang paling utama, hati aku belum sempat melanggar
garisan sayang kepada cinta.
Senang cerita, kalaupun aku kecewa,
taklah frust tertonggeng sangat. Masih ada ruang untuk aku recover sendiri.
“Bella rasa, Bella dah jatuh cinta.”
Tuturku dengan lafaz bismillah di dalam hati. Ingat senang nak confess ni.
“Okey.” Erk, tu je response dia?
Haih, ketuk dahi awak boleh tak encik suami?
“Bella nak hidup dengan orang yang
Bella cintai.” Aku tambah lagi ayat tu. Nak sangat tengok dia angkat muka dan
pandang muka aku. Instead of, dia sekarang ralit memandang telefon dia.
Kemudian dia akan Tanya, siapa yang Bella jatuh cinta tu? Masa tu aku nak cakap
satu nama saja.
Arsh Raaiiq.
“So?”
Haih, penatlah. Sepatah-sepatah
response dia. Aku mula geram sendiri. Yelah, kita ni beria la nak confess
bagai. Dia buat tak tahu je. Siapa tak naik angin, kan? Dan aku bukannya
perempuan yang dianugerahkan sifat penyabar yang maha tebal.
“Pandang skrin telefon tu dapat
pahala ker? Muka Bella dengan skrin telefon tu, mana lagi banyak pahala yang
boleh beri kat awak?”
Aku Nampak bibirnya sengeh herot.
Tapi, mata masih lagi ralit menatap telefon. Tak tahu kenapa, dia ni memang
suka menduga aku dalam bab begini agaknya. Atau, hati dia memang tak lut dengan
acara confess segala.
Jenis pasrah dan reda.
Apa nak jadi, jadilah.
Buat apa nak ambil kisah, kan?
Ikut je arah angin yang ditiup. Ke
barat pun boleh, ke timur pun boleh!
Aku Nampak langkah Zikr penuh dengan
senyuman. Di tangannya ada dulang. Ada tiga gelas air. Dah dok terbayang-bayang
kalau jap lagi air tu aku simbah atas rambut shogun dia tu. Aci tak?
Dia, suami kau Bella.
Ingat yang itu.
Ingat betul-betul.
Aku beristighfar di dalam hati.
Hasutan syaitan untuk mendekatkan aku dengan pintu neraka. Kena sabar
banyak-banyak dengan karenah along. Aku bukannya baru kenal dia sehari dua. Dah
setahun aku jadi isteri dia. Boleh katakan, aku memang kenal dia. Secara luaran
sahaja.
Dalamannya?
Kenapalah aku kalut sangat bab
luahkan perasaan ni semua? Mungkin sebab aku rasa dah sampai masanya untuk aku
dan along tahu tentang perasaan masing-masing. Takkan nak hidup selamanya
begini.
Dia ke utara, aku ke selatan.
Komunikasi sebagai suami isteri
antara aku dengan along, breakdown!
Mana tahu, dalam hati along ada
seseorang yang memang dia tunggu. Aku perlu tahu dengan jelas. Aku tak nak aku
bahagia sorang-sorang. Along tak bahagia pun. Dan kebahagiaan aku atas
penderitaan orang lain.
Memanglah umi kata, along tu
tak ada sesiapa pun selepas dia putus tunang. Tapi, soal hati ni susahlah nak
main teka-teka-tekuk. Memang jatuh telungkuplah jawabnya hati dan perasaan ni.
Hint?
Keyakinan?
Bersabarlah lagi Bella. Doa dan
doa lagi. Sentiasa bersangka baik.
Selagi along tu masih lagi
suami aku, aku akan anggap dia sayangkan aku. Boleh gitu ek? Dah tu? Takkan nak
anggap dia bencikan aku pula. Memang tak tidur malamlah aku lepas ni.
Nauzubillah.
Tak apalah, mungkin rezeki aku
dapat suami yang susah nak cakap sayang. Rezeki juga tu, ada juga suami. Nak
kata dia selalu sakitkan hati aku tu, bukanlah selalu sangat. Melainkan aku
yang kadang-kadang suka cari pasal juga.
Dan rezeki juga, dia tak pernah
mengasari aku secara fizikal.
Dan, alhamdulillah setakat ni
aku mampu lagi bertahan mengikut rentak dia.
Doa banyak-banyak Bella. Ingat,
doa seorang isteri tu, inshaAllah makbul.
“Tea ais untuk Bella.” Gelas
dihulur kepada aku. Kemudian dua lagi gelas diletakkan untuk along Hitler dan
dia sendiri.
Agak lama suasana jadi jeda.
Aku, dalam proses menenangkan diri. Along, masih setia matanya dengan skrin
telefon. Dan, Zikr…
Merenung aku tanpa izin!
“Bila rasanya abang Zikr boleh
masuk meminang Bella ya?”
Haah?!
Along tuntas angkat muka.
Tampangnya jelas menahan marah.
“Arsh, ni la merpati putih yang
aku ceritakan kat kau tu.”
Krik krik krik. Merpati putih?
Along bingkas bangun, bergegar
meja. Gelas airnya bergoyang lalu… tumpah!
“Arsh!”
“Sorry!”
Dan along terus berlalu
meninggalkan aku. “Sorry Bella, abang pergi dulu. Sebab datang dengan Arsh
tadi… angin apa tah. Bergaduh dengan girlfriend kut.”
Zikr kenyit mata nakal sebelum
berlalu meninggalkan aku yang terpinga-pinga sendiri. Dada dah rasa nak pecah.
Dia ada girlfriend?
Aku nak nangis!
Harapan macam tinggal harapan!
huaaaa..sentap kite tau
ReplyDelete😭😭😭...😤a.l.o.n.g.h.i.t.l.e.r👊👊💣🙅😠...😁😘 zoora
ReplyDeleteOn a serious note...sila semak penggunaan perkataan "patience"... Be patient (adjective)... Have patience (noun)...jangan marah ye rr✌✌✌
tak marah... sayang lagi ada la sebab sudi tegur. nanti saya betulkan...
DeleteKak Yin... Nak sambungannnn
ReplyDelete