Nama penuh aku
Isabella Rose Nurani binti Ihsan Muzaffar. Kata arwah mommy, nama Isabella
diberikan kepada aku sempena wasiat daripada mendiang nenek sebelah Belanda.
Rose pula sebab mommy sukakan bunga ros merah instead of bunga tulip yang
terkenal di Belanda. Dan, Nurani. Itulah satu-satunya nama yang arwah daddy
berikan pada aku. Katanya, nama Nurani itu ilham yang daddy dapat semasa
mengerjakan umrah. Masa itu, aku sudahpun berada dalam kandungan mommy.
Status terkini, isteri kepada
seorang manusia yang dingin, beku, frozen, peti sejuk, esbok dan sewaktu
dengannya. Nama glamer dia Along Hitler. Oh ya, dia tidak bermisai kontot, jauh
sekali berdarah keturunan Jerman sana.
Rezekinya,
dapat isteri yang ada mempunyai sel darah keturunan Belanda sahaja!
Kerjaya
aku? Buat masa sekarang aku menjawat jawatan isteri suku masa. Memandangkan aku
dan suami masih lagi bergelar pelajar sepenuh masa.
Sebaya?
Taklah.
Kenal
kat mana? Family arrangement.
Seriously?
Yeah! Betullah, aku dan dia menikah atas urusan jodoh urusan keluarga. Keluarga
kami berkawan baik. Kenalan masa zaman belajar. Kalau tanya aku, pasrah langit
ke berapa bila menerima jodoh paksa rela ni. Hmmm… ceritanya mudah saja.
Leave it to Allah.
Mana
ada mak ayah yang nak tengok anak dia sengasara dan derita kan. Aku yakin betul bab yang itu. Sama tinggi
keyakinan aku bahawa jodoh aku yang satu ni adalah yang terbaik untuk aku.
Yakin sangat, kan?
Yakin
sebab ada reda daddy aku.
Kan
Allah dah janji, reda ibu bapa itu adalah reda Allah.
Faham,
kan?
Jadinya,
kenalah belajar untuk jatuh cinta dengan inche suami yang garang itu. Cinta itu
boleh disemai, boleh dipupuk, boleh dibaja. Sayang tu akan datang dengan
sendirinya tanpa kita sedar. Bila kita cinta kerana agama, inshaAllah rasa
cinta tu takkan pernah hilang.
Untungnya,
aku tidak pernah jatuh cinta sebelum aku menikah. Bukannya tak sudi, tapi…
entahlah. Rasa untuk bercinta itu tiada. Hikmahnya, Allah nak suruh aku
bercinta dengan suami yang halal. Memanglah aku tak kenal, tapi Allah kenal
dia.
Serahkan
seluruh pergantungan hidup kepada Allah. InshaAllah, Dia takkan sia-siakan
harapan kita.
Dan,
rezeki aku…
Keluarga
mentua yang sangat-sangat best!
Ibu
mentua yang best. Adik-adik ipar yang best.
Suami…
err, sedikit Hitler la!
Alhamdulillah,
ada juga suami, kan?
Apa-apapun,
kita kena bersyukur.
Bella, rasa nya seorang yg matang....Suka statement akhir to "apa-apapun, kita kena bersyukur"....si along ni mungkin beku sebeku nya tapi romantic...Kan, kan, kan???😋zoora...TQ Cik ZZ 😘
ReplyDeletethanks for reading... ngeee... along tu romanticnya lambat sikit. lalala... kalau awal-awal dah romantic, tak thrill la cik zoora
Delete