Thursday, March 09, 2017

#isabella - PROLOG


Nama penuh aku Isabella Rose Nurani binti Ihsan Muzaffar. Kata arwah mommy, nama Isabella diberikan kepada aku sempena wasiat daripada mendiang nenek sebelah Belanda. Rose pula sebab mommy sukakan bunga ros merah instead of bunga tulip yang terkenal di Belanda. Dan, Nurani. Itulah satu-satunya nama yang arwah daddy berikan pada aku. Katanya, nama Nurani itu ilham yang daddy dapat semasa mengerjakan umrah. Masa itu, aku sudahpun berada dalam kandungan mommy.
       Status terkini, isteri kepada seorang manusia yang dingin, beku, frozen, peti sejuk, esbok dan sewaktu dengannya. Nama glamer dia Along Hitler. Oh ya, dia tidak bermisai kontot, jauh sekali berdarah keturunan Jerman sana.
Rezekinya, dapat isteri yang ada mempunyai sel darah keturunan Belanda sahaja!
Kerjaya aku? Buat masa sekarang aku menjawat jawatan isteri suku masa. Memandangkan aku dan suami masih lagi bergelar pelajar sepenuh masa.
Sebaya? Taklah.
Kenal kat mana? Family arrangement.
Seriously? Yeah! Betullah, aku dan dia menikah atas urusan jodoh urusan keluarga. Keluarga kami berkawan baik. Kenalan masa zaman belajar. Kalau tanya aku, pasrah langit ke berapa bila menerima jodoh paksa rela ni. Hmmm… ceritanya mudah saja.
Leave it to Allah.
Mana ada mak ayah yang nak tengok anak dia sengasara dan derita kan. Aku yakin betul bab yang itu. Sama tinggi keyakinan aku bahawa jodoh aku yang satu ni adalah yang terbaik untuk aku. Yakin sangat, kan?
Yakin sebab ada reda daddy aku.
Kan Allah dah janji, reda ibu bapa itu adalah reda Allah.
Faham, kan?
Jadinya, kenalah belajar untuk jatuh cinta dengan inche suami yang garang itu. Cinta itu boleh disemai, boleh dipupuk, boleh dibaja. Sayang tu akan datang dengan sendirinya tanpa kita sedar. Bila kita cinta kerana agama, inshaAllah rasa cinta tu takkan pernah hilang.
Untungnya, aku tidak pernah jatuh cinta sebelum aku menikah. Bukannya tak sudi, tapi… entahlah. Rasa untuk bercinta itu tiada. Hikmahnya, Allah nak suruh aku bercinta dengan suami yang halal. Memanglah aku tak kenal, tapi Allah kenal dia.
Serahkan seluruh pergantungan hidup kepada Allah. InshaAllah, Dia takkan sia-siakan harapan kita.
Dan, rezeki aku…
Keluarga mentua yang sangat-sangat best!
Ibu mentua yang best. Adik-adik ipar yang best.
Suami… err, sedikit Hitler la!
Alhamdulillah, ada juga suami, kan?
Apa-apapun, kita kena bersyukur.

2 comments:

  1. Anonymous6:15 pm

    Bella, rasa nya seorang yg matang....Suka statement akhir to "apa-apapun, kita kena bersyukur"....si along ni mungkin beku sebeku nya tapi romantic...Kan, kan, kan???๐Ÿ˜‹zoora...TQ Cik ZZ ๐Ÿ˜˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for reading... ngeee... along tu romanticnya lambat sikit. lalala... kalau awal-awal dah romantic, tak thrill la cik zoora

      Delete

Terima kasih sudi singgah blog ini.

#isabella - BAB 23

Hujung minggu, aku di kampung umi. Memandangkan along sudah sihat sepenuhnya, jadi umi pun mahu pulang semula ke Taiping. Kata umi, a...