Wednesday, April 05, 2017

#isabella - BAB 23


Hujung minggu, aku di kampung umi. Memandangkan along sudah sihat sepenuhnya, jadi umi pun mahu pulang semula ke Taiping. Kata umi, ada kenduri kahwin jiran sekampung. Masa tu dalam kepala aku sudah terbayang lauk pauk orang kawin. Kecur liur terus jadinya.

Teringin pula bila teringat gulai daging panas-panas, kemudian ikan kering goreng makan dengan ulam-ulaman cicah sambal belacan, duduk bawah khemah! Pergh... Makan pulak tepi bendang, bertemankan angin sawah yang sepoi-sepoi bahasa. Allah, syurga dunia.

"Please... abang... kita balik sama-sama umi boleh?" Berkerut dahi along masa malam tu. Pelik agaknya tengok tingkah aku yang merengek macam budak kecik.

"Bukan ada kelas ker isnin ni?"

"Kita baliklah hari ahad, lepas kenduri." Usul aku yang sudah dirancang terlebih dahulu, dibentang atas katil selepas solat insya.

"Kalau abang tak larat, biar Bella yang pandu kereta. Boleh, kan?"

Along geleng kepala. "Tak payahlah. Bella pun bukannya sihat sangat."

Terus merudum semangat aku. Kecewa yang sangat-sangat! Sampai hati along menghampakan aku. Dia tak tahu ker aku ni dah tahap boleh mimpi-mimpi tengah makan lauk kenduri tau. Tak kesiankah dekat isteri sendiri?

"Kata sayang..." Gumamku perlahan. Palingkan tubuh, membelakangkan along. Kemudian, jari mengesat air mata yang jatuh. Hailah Bella, sekarang ni sensitive betul. Sabar ajelah bila aku pun tak faham dengan diri aku sendiri.

Along berubah posisi. Berhadapan dengan aku dan menolak dengan perlahan dagu aku untuk memandang dia. "Kenapa yang sedih sangat ni? Yelah-yelah, kita balik kampung ya."

Terus bersinar-sinar mata aku. "Sungguh?"

Along langsung angguk. "Sayang abang..." Tangannya aku capai dan aku cium dengan penuh kasih. Pelik betul perangai aku. Kejap sedih, kejap gembira. Cepat pula berubah-ubah. Nasib alonglah nak kena hadap perangai pelik isteri dia sekarang.

"Kalau abang tak larat, Bella drive pula."

"No!"

Eh? Terbeliak mata aku. Tak bagi aku drive kenapa? Lesen aku tu buat perhiasan semata-mata. Eloklah lepas ni aku bingkaikan kemudian sedekah dekat muzium. Jadi khazanah bernilai!

"Abang drive, pergi dan balik. Kalau tak larat, kita singgah mana-mana hotel. Deal?" Terus aje aku tersenyum. Tak kisahlah tak bagi aku drive pun, yang penting aku nak makan nasi dan lauk kenduri!

"Duduk dalam kereta nanti tolong picit-picit bahu abang, kalau abang mengantuk Bella cium sahaja dekat pipi, sure abang akan segar bugar. Hai seronoknya abang... Ada jari jemari halus yang boleh urut-urut abang, suapkan abang jajan." Cis, ada jugak agenda gatal merenyam dia nak menyelit tu.

"Dulu kalau abang mengantuk, abang singgah rnr kan? Basuh muka?"

Along sengih, "Dulu lain... sekarang tak singgah rnr pun tak pe... Ada tukang belai."

Along ni, kan... saja betul. Sebenarnya aku yang kekok berdua-duaan dengan along. Dulu okeylah, sebab aku dengan dia ada gap. Duduk pun jauh-jauh. Cakap pun boleh kira dengan jari berapa patah perkataan.

Buat aku tak tidur malam. Diapun takkan tak tahu, aku ni pantang naik kereta untuk jalan jauh, memang akan tertidur. Belum keluar Taiping, pun aku dah terlelap. Macamana aku nak urut, picit, belai dia kalau aku awal-awal dah hanyut dulu? Haih. Nampak gayanya kenalah aku fikirkan rancangan untuk selamatkan diri aku.

Dan, usai solat subuh tadaaa aku terus dapat idea. Senyum lebar aku memandang along. Minta ampun banyak-banyak abang sayang kalau hajat tidak kesampaian.

Tapi, itulah... Lain dirancang, lain pula yang jadinya.

Kesudahannya, kami berempat, aku berkereta dengan along, manakala umi pula satu kereta dengan Angah Diba. Puas aku mengajak umi naik sama-sama, pandai umi mengayat aku.

"Eh, umi tak nak kacau anak menantu umi nak dating." Pakej, siap kenyit mata lagi.

Aku tarik muncung manja, "Dating apanya... Duduk dalam kereta je pun."

Umi tolak perlahan tubuh aku ke kereta. "Datinglah jugak tu namanya. Untuk mengeratkan kasih sayang. Nanti umi ada, tak berpeluanglah anak menantu umi nak bermanja-manja."

"Umi!" Sedikit merona wajahku. Segan. Nak manja-manja pulak. Kemudian aku kalih memandang along yang baru sahaja selesai menguncikan pintu rumah.

"Eh, kak long... kasi can angah nak manja-manja dengan umi ya sebelum angah kawin. Kak long dah ada abang sayang... syuhhh syuhhh..." Angah Diba mengusik siap dengan gaya lagi. Tu pun sama je dengan umi.

Tapi, sekarang ni...

"Jom sayang." See, depan umi dengan angah Diba kut. Suara tu bukan main lagi nadanya. Tak tahulah apa yang akan jadi dalam kereta nanti bila berdua saja. Along ni bila datang perangai mengada-ngadanya, penat nak melayan. Ditambah pula dengan perasa gatal,

"Umi... jomla naik sama." Pujukkan terakhir. Orang kata kita kena berjuang sebelum mengaku kalah. Jadinya aku tengah berjuanglah ni.

"Umi naik kereta angah aje. Lagipun umi dengan angah nak bergosip hal perempuan." Pulak dah. Banyak betul alasan umi, kan.

"Kalau macam tu, Bella tumpang samalah."

"Ehem!" Along berdehem kuat. Angah Diba terlepas ketawa. Selamat aku hadiahkan jelingan. Along ni sakit tekak eh?

"Pi cepat... sat lagi driver mogok, ada la orang kempunan makan kenduri nanti." Gesa umi pada aku bila along sudah masuk ke dalam kereta. Angah Diba angkat ibu jari dekat aku.

"Sayang... bab nak mengelat ni pandai, kan?" Along tolong tarik seatbelt, sempat dia berbisik.

Cup!

"Itu denda sebab mengelat." Aku sentuh pipi kiri yang menerima habuan kasih dari bibir along. Huh, dia pun pandai juga ambil kesempatan. Pantang lepa!

Agenda makan kenduri berjalan dengan lancar. Niat yang baik, insyaAllah akan dipermudahkan. Ye tak? Sedap betul lauk-pauk kenduri yang disediakan. Sama macam yang aku angan-angankan. Nak-nak semuanya dimasak secara rewang. Sempat juga aku join aktiviti rewang, menemankan umi. Ada juga makcik-makcik yang bersembang ramah dengan aku. Ada yang aku kenal. Ada yang aku kurang kenal. Yang pastinya, semua baik-baik belaka.

Tahu-tahu along datang mengendeng dekat sebelah aku. Eh, bukan tadi seronok sangat pergi sembang dengan kawan-kawan sekampung ker sampai lupa ada isteri? Tinggallah aku sorang-sorang. Mujur angah Diba ada. Kalau tidak, melangutlah aku. Umi tu terjumpa dengan geng marhaban dia. Aku nak mencelah pun rasa segan.

Along dengan muka serius tajam. "Nak nasi?" tanyaku. Mana tahu lapar lagi. Aku? Memang lapar lagi. Cadangnya petang-petang sikit, aku nak makan kali ketiga!

Along geleng. "kenapa muka tu?" Soal lagi. Yelah, risau juga. Along kalau dah begitu mukanya, mesti ada sesuatu. Risau dia buat amukan pula. Manalah tahu, kan. Manusia ni selalu kalah dengan emosi.

Dia hela nafas panjang. Saja nak menambahkan kerisauan aku kea pa sebenarnya ni? Sempat aku meliarkan mata. Ada sesiapa yang cari pasal dengan suami aku ker? Haih, along ni. Banyak soalan yang mula timbul dekat benak aku.

Tiba-tiba terdengar tawa angah Diba dari belakang. Dia sedang membawa sepinggan lauk daging kambing masak merah. Buat ratah-ratah je. Tadi, aku yang bisik dekat angah. Terasa-rasa tekak nak ratah lauk kambing masak merah tu.

Di sebelah aku, angah labuhkan duduk. Mukanya tu mempamerkan satu perkara lucu. Apa hal pulak yang sorang ni? Kiri sedang sengih, kanan sedang masam mukanya.

Lengan aku disiku lembut, "Kak Long..." Angah Diba sengetkan badan. Gaya berbisik.

Gelak dari tadi. Kemudian sambung sengih, virus apa pulak ni.

"Ada orang kirim salam."

Haah? Terus aku pandang along. Cemberut mukanya kalah asam putik atas pokok!

"Ada orang tersilap jatuh minat tadi. Boleh pula tersuka tanpa sengaja dekat isteri kawan sendiri. Dah la tu, kawan tu pulak duduk sebelah dia."

"Angah!" Suara along, sedikit keras menegur. Jujur, aku masih loading info!

Angah bagi tanda zip mulut. Lah, cerita tak habis. "Bini kawan sendiri pun nak rembat!" Gumam along dengan nada tidak puas hati. Ceritanya? Kemudian aku angkat muka. Pandang ke kawasan along and the gang lepak tadi. Bertemu mata dengan seseorang si kulit putih melepak, bercermin mata dan berambut sedikit kerinting sedang tersenyum gaya malu alah dengan aku.

Dia?

"Chill la along... Ajip tu mana tau kak long ni isteri along. Dia, kan kerja kapal. Lama tak balik kampung. Lagipun masa kenduri along hari tu, dia mana datang. Sebab tu dia tak tahu kak long ni isteri along. Adoi la..."

"Mujur tak makan penumbuk free!"

Aku geleng kepala. Macam-macam hal!

Along paut bahu aku dengan kemas. Saja nak tunjuk kasih sayangkah?

"Abang... cuba bawa bersabar."

Along mendiamkan diri. Bahaya jugak suami aku bila api cemburu menyala ya. Tanpa sedar aku tersenyum senang.

"Kenapa senyum? Suka ada peminat?"

Eh? Terus aku tatap muka along. Childish betul.

"Senyum pun salah ker? Janganlah macam tu... Bella senyum sebab Bella tahu abang sayangkan Bella. Cemburu tu, kan tandanya sayang." Aku pun layan juga angin along. Letakkan kepala atas dadanya.

"Cemburu tu bagus sebab tu tanda kita ada perasaan kasih pada orang yang kita sayang. Cumanya, kawal perasaan cemburu itu. Takut-takut cemburu memakan diri. Kita menganiayai orang yang kita sayang, kita sakiti hati dia tanpa kita sedar." Bisikku dengan aturan ayat dalam kepala sejak tadi. Untuk menegur suami, perlu berhati-hati. Itu pesan umi.

"Abang sayangkan Bella."

"Ya, Bella tahu..."

"The End... kang kambing ni pulak yang nangis..." Eh, ada suara angah menyampuk. Kami sama-sama senyum. Along dan cemburu, dah boleh berkawan baiklah lepas ni, kan?

1 comment:

  1. MaY_LiN1:51 pm

    yeayyy
    panjang entri nye
    suka suka..pandai along cemburu lani

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah blog ini.

#isabella - BAB 23

Hujung minggu, aku di kampung umi. Memandangkan along sudah sihat sepenuhnya, jadi umi pun mahu pulang semula ke Taiping. Kata umi, a...