Wednesday, March 22, 2017

#isabella - BAB 10

Pernah tak dengar tuah ayam Nampak kat kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tuah Bella, Nampak kat mana ya? Pucuk dicita ulam mendatang, gitu. Rasa nak sengeh je bila Nampak along Hitler dengan gaya ala shogunnya masuk ke dalam kelas tutorial. Orang lain bersorak sebab pengganti pensyarah terlebih hormone sedap mata memandang agaknya.
“Segar bugar mata aku hari ni.” Kata orang sebelah aku.
“Kau rasa kalau aku tackle abang shogun tu, okey tak?”
Amboi… rasa nak luku pulak kepala anak-anak dara yang teruja sangat ni. Laki aku tu cik kak sekelian. Laki aku!
“Eh, korang nak dengar gosip tak?”
Aku pasang telinga!
“Abang shogun tu dah ada awek la. Pensyarah dekat Fakulti Seni.”
“Sungguh ka?”
“Ya la.”
“Laaa… hang tau mana?”
“Aku tau la… Dari sumber yang boleh dipercayai.”
Pergh, kondisi hati aku tatkala ini? Tak tahulah. Berasap hangit agaknya. Tersentap sekejap jantung aku. Mata dipejamkan. Nafas dihela dengan perlahan. Cuba untuk menenangkan hati dan perasaan aku yang sudah berkecamuk.
Pensyarah? Aku? Student semester akhir yang belum tentu lagi akan dapat kerja atau tidak bila tamat belajar nanti. Susah-susah, aku lari balik Belanda. Minta kerja dengan Uncle Dutch dekat ladang tulip dia. Kan?
Tapi… tak bolehlah nak percaya sangat-sangat. Mana tau, rumor semata-mata. Okey, cool and chill Bella. Jangan nak sentap tak tentu hala. Sila dapatkan maklumat yang tepat berkaitan hal ini. Siapa?
“Hai Bella…” Ya, informer yang boleh dipercayai datang menyerah diri. Di sebelah aku, dia labuhkan duduk. Rupanya sekarang masa untuk tutor-tutor ni ‘membantu’ kami dalam masalah berkaitan pembelanjaran.
Kita melencong sikit, bolehkan?
“Ada apa-apa yang abang boleh tolong?” Dia senyum. Ada lesung pipit dalam yang menawan dekat pipi kanannya. Dengan mata sepet, sekali pandang macam Anuar Zain, adiknya Kak Ziana Zain tu. Tapi sayang tetap tidak mampu menawan hati seorang Isabella.
Mataku melingas. Mencari seseorang. Yelah, nak buat kerja-kerja nakal ni kena pastikan line clear. Okey, si dia sedang sibuk mengajar sekumpulan pelajar lelaki. Taklah membulat mata aku. Kalau sekumpulan pelajar perempuan? Ada jugak mata yang tercabut dari soketnya tu.
“Nak ajak bergosip, nak?”
Zikr tergelak. Mujur perlahan. Kalau kuat, tentu-tentu semua orang akan memandang kami dengan pandangan pelik. Boleh timbul cerita yang berapa sedap nak dengar pulak nanti. Bahaya.
“Okey… nak gosip pasal apa?”
“Cikgu yang sorang tu dah ada awek eh?” Zikr pusing kepala. Pandang pada Along Hitler dan kemudian kalih pada aku.
Dia mendekatkan mukanya. Berbisik, “Ada… diam-diam tau.”
Aku telan liur. Okey, bukan rumors dah.
“Lecturer kat sini jugak. Cantik. Arsh kata hujung tahun ni nak kawin.”
Buk! Buk! Buk!
Rasanya kalaulah boleh dengar jantung aku yang luruh sampai ke tumit, makanya itulah bunyi yang akan kedengaran. Tersandar aku ke kerusi. Hujung tahun nak kawin? Ini boleh menimbulkan perasaan kecewa nih.
“Kenapa Bella nak tahu? Bella sukakan dia ker?” Zikr tayang muka frust pula. Yelah, aku kenal Zikr masa aku semester pertama lagi. Dia jadi abang mentor masa minggu haluan siswa tu. Dia masa tu dah semester akhir. Kata Elia, Zikr ni memang sukakan aku sejak aku semester pertama lagi. Aku buat tak tahu saja. Entahlah, mungkin seru untuk bercinta tu belum sampai-sampai. Sebab itulah kasih Zikr ni tak bersambut-sambut.
“Saja tanya. Tiba-tiba je ada gosip panas pasal kawan abang Zikr tu.”
Dan, sesungguhnya mood aku menjunam dengan jayanya pada hari ini. Semangat berkobar-kobar konon nak menjalankan misi mengubati luka Arsh Raaiiq tu Nampak gayanya dah jadi debu. Ada orang lain yang terlebih dahulu Berjaya mengubati hati dia.
Besar kemungkinan, misi merebut hati inche suami pula bakal aku lancarkan. Tapi, itulah aku. Bab nak berebut ni, aku tak suka. Selalunya aku lebih suka mengalah je. Macam si Zikr tu. Sebenarnya dalam tempoh yang kawan-kawan aku kata dia suka aku tu, ada sorang senior bagi aku warning.
Dia nakkan Zikr!
So… apa nak kisah. Ambil jelah, kan?
Tu antara sebab aku tak layan perasaan suka Zikr ni. Sebab aku tak nak berebut. Apatah lagi mahu berkongsi. Memang taklah jawabnya. Rela lagi aku sendiri je. Tak sesak kepala otak aku memikir yang entah-entah ni.
Tapi…
Along Hitler tu suami aku sekarang. Dan, dalam hati dia ada orang lain!
Istilah berebut atau berkongsi ni relevan tak?
Aku, Isabella Nurani… memang tak suka kalau perlu berkongsi apatah lagi berebut. Kalau along Hitler dah ada seseorang yang mampu untuk membuatkan dia bahagia, untuk apa lagi aku kekal di sisinya. Mungkin, jalan terbaik adalah berpisah.
“Kau apa hal Bell, macam orang hilang laki?” Semua gelak. Aku je tak mampu nak gelak. Memang bakal ‘mati’ laki pun. Rasanya rahsia tentang aku dengan along Hitler bakal terkubur begitu sajalah. Senang juga, tak perlulah nak pecahkan kepala nak fikirkan cara nak bagitau budak-budak ni.
“Eh… Eh… korang tu!!!” DD muncung itik bibirnya ke satu arah.
“Itu ker makwe dia?” Suara Elia.
“Yelah tu. Pensyarah Faiz tu.”
“Nama dia Dr Marissa, kan?”
Zap, terus aku rasa macam ada kejutan elektrik dekat otak aku.
Marissa-Along Hitler.
Bukankah Marissa tu… Aku memaku pandang arah yang disebutkan DD. Sepasang lelaki dan perempuan sedang duduk dan mungkin sahaja sedang berbincang. Dari jauh, memang itulah dia along Hitler. Gaya dia tu, tak perlu disangkal. Dan, perempuan itu?
Marissa.
Marissa yang samakah yang pernah menjadi tunangan Along Hitler ni?
Marissa yang samakah yang pernah mengecewakan Along Hitler ni?
Atau… Marissa yang lain?
Kalau tak nak serabut kepala, aku akan anggap Marissa yang lain. Hanya kerana mempunyai nama yang serupa, hakikatnya adalah orang yang berbeza. Senang cerita.
Kalau itu adalah Marissa yang sama?
Takkan itu perempuan yang katanya along nak kawin hujung tahun ni?
“Angah Diba, ada gambar Marissa tak?” Itu sahajalah sumber yang boleh membantu aku sekarang. Dah tu, takkan aku nak minta dekat along sendiri. Mahu aku kena pelempang Hitler karang. Sudahnya, aku minta dekat angah juga. Nak minta dekat umi pun, bukannya cara yang terbaik.
“Nak buat apa?”
“Saja nak tengok.”
“Kak long, kau punya alasan tu memang kelas tadika punya. Bagitau yang sebenarnya, please!”
Angah Diba telah mendesak aku. Nak tak nak aku terpaksa juga membuka cerita tentang Marissa.
“What?!!!” Sakit gegendang telinga aku dengan suara angah diba yang betul-betul terkejut tu.
“Takkanlah.”
“Seriously… TU sebab kak long nak tengok muka Marissa tu. Orang yang sama atau tak.”
Angah Diba tarik nafas dalam.
Tak lama kemudian, kiriman gambar aku terima dalam telefon aku.
Terkedu sendiri.
“Kak Long… Dia ker?”
Nafasku laju. Marissa yang …
“Sama.”
Talian sunyi di sana. Angah Diba pengsankah?


3 comments:

  1. Anonymous3:16 pm

    Alahai cik zz...kat meow city tak de bullet train...semput nih mengejar, vrooommmm....zoora

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeee... sampai bab 14 dah ni. citer ni sampai bab 20 je cik zoora

      Delete
  2. Anonymous3:17 pm

    As salam...heee lupa...muah...zoora

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah blog ini.

#isabella - BAB 23

Hujung minggu, aku di kampung umi. Memandangkan along sudah sihat sepenuhnya, jadi umi pun mahu pulang semula ke Taiping. Kata umi, a...