Wednesday, March 22, 2017

#isabella - BAB 11

Seawal pagi lagi aku sudah jadi penunggu dekat perhentian bas dekat Seksyen dua ni. Usai solat subuh, aku terus gerak dari rumah. Cadangnya mahu naik bas paling awal ke Taiping. Cepat sikit sampai. Budak-budak yang lain semuanya masih lagi tidur. Malam semalam sebelum masuk bilik, aku dah bagitau. Hari ini aku nak balik Taiping. Balik rumah umi.
Sementara menunggu teksi, aku keluarkan telefon. Mahu menelefon umi, karang terkejut pulak umi tengok aku sampai. Kebiasaannya umi selepas solat subuh, sudah berada dekat ruang tamu. Mendengar kuliah agama dalam siaran TV Al Hijrah.
"Assalamualaikum umi..." Setelah deringan ketiga, barulah aku dengar suara umi menyapa.
"Waalaikummussalam Bella."
Bibirku tersenyum. Rindunya dengan umi. Ibu mentua yang terlalu baik dan kaya dengan sifat penyayang. Untung jadi menantu umi. Dialah pengganti arwah mommy.
"Umi sihat?" Itu soalan pertamaku.
"Alhamdulillah. Bella?"
"Tak sihat... rindu kat umi." Rengekku dengan manja. Kata angah diba, aku ni kadang-kadang manja betul dengan umi. Kalah anak-anak umi pula. Nak buat macamana, aku kan menantu tunggal buat masa sekarang. Dulu, sebelum menikah aku takut juga. Yelah baca confession macam-macam dekat Facebook tu pasal mentua.
Haih, itulah orang kata.
Tak kenal maka tak cinta.
Dah kenal, bercinta-cintalah kita.
Umi gelak-gelak. "Umi... Bella nak balik kampung tau."
"Eh, bukan tengah semester ker?"
Aku sengeh sendiri, "Umi tak bagi Bella balik ker?" Saja bernada sedih.
"Ya Allah, ke situ pula dia. Balik-balik... Umi masak sedap-sedap nanti. Balik sorang ker balik dengan along?"
"Sorang je."
Tak nak balik dengan anak umi tu. Merajuk tiga hari empat malam dah ni! Kalau terserempak dekat mana-mana laluan di universiti, aku buat tak kenal. Tayang muka selamba abis. Kalau dekat bilik tutorial yang selalu sangat dia show off kat situ, aku lebih suka minta Zikr tolong ajarkan apa-apa yang aku tak faham.
Senang cerita!
Nampak juga muka dia yang menahan marah bila Zikr rapat dengan aku. Malas nak ambil kisah sebab hati aku boleh jadi sakit pula bila mengenangkan dia dengan si Marissa tu. Lagipun, aku masih lagi ada border antara aku dengan Zikr ni. Kalau dia ajar aku pun, mesti aku seret sama Elia, Hana semua tu. Taklah dia 'ajar' aku gaya romantika de amour, gitu.
"Eh, along tak ikut?"
"Tak. Dia sibuk."
Sibuk mengayat bekas tunang dia, umi!
"Dah minta izin belum?"
Aku terdiam. Alamak! Satu-satunya perkara yang penting, aku boleh lupa. Itulah, nak merajuk punya pasalkan. Merajuklah konon, padahal tak adanya along tu nak memujuk aku. Entah-entah dia tu tak perasan pun kata aku ni merajuk.
Sedih! Sedih! Sedih!
"Nanti Bella bagitau."
Panggilan ditamatkan setelah kami berbalas salam. Termenung aku. Kena minta izinlah pulak. Padahal tak nak bagitau along, yang aku nak balik kampung. Tak nak ada contact langsung dengan dia. Tak ada hatilah, senang cerita.
Tapi...
Nak tak nak kena juga minta izin. Aku ni dah dikira nusyuz sebab keluar rumah tanpa izin suami. Along memang bagi izin umum. Walaumacamana sekalipun, aku tetap kena bagitau dia jugak. Karang dalam perjalanan, aku kemalangan. Kemudian, ditakdirkan aku mati. Nampak gayanya mati tanpa keredaan seorang suamilah jawabnya.
Nauzubillah...
Aku pandang lama skrin telefon. Nak telefon atau tidak? Kalau main redah je balik, bolehkan? Dah sampai baru aku call along. Hah, cara begitu pun boleh juga tu. Minta izin jugakan namanya walaupun lambat.
Aku tersengeh sendiri. Tapi, sengeh tu tak lama bila skrin telefon aku memaparkan nama Along Hitler dalam keadaan silent mode. Tangan kanan kubawa meraup muka. Panjang jodohkah namanya? Sehinggalah akhirnya skrin telefon aku kelam sendiri.
Aku hela nafas lega. Sekejap aja, tak lama lepas tu telefon kembali bergetar. Haih, nak apa ni?
"Assalamualaikum." Akhirnya, terpaksa jugalah aku menjawab panggilan ini. Itupun sebab dah rasa serba salah sangat.
"Waalaikummussalam. Awak, balik kampung ker?"
Okey, Nampak gayanya umi terchenta yang memaklumkan pada anakanda kesayangan. Punah harapan aku nak sembunyikan hal ini. Itulah, niat tak baik.
Nafas aku hela dalam, "Balik sekejap je. Rindu umi."
"Kenapa tak bagitau?"
Aku diam. Dah awak tu sibuk dating dengan bekas tunang! Macam nak je balas begitu, tapi nanti akan jadi panjang pula ceritanya. Sudahnya, aku kena fikir jawapan yang rasional. Tak naklah aku kena tuduh cemburu buta ker apa.
"Maaflah terlupa. Lagipun, lepas subuh tadi baru decide nak balik. Itu yang lupa nak bagitau."
"Fikir apa sampai terlupa nak bagi tahu dekat suami nih?" Suaranya macam perlahan sahaja. Tapi, terkesan dekat hati aku. Suami? Aku telan liur. Lain macam pula rasanya sekarang.
"Biasalah nak exam. Banyak fikir."
"Ingatkan fikirkan pasal... Zikr." Zap, hati yang tengah nak kembang-kembang tadi terus jadi kuncup. Dah kenapa pula aku kena fikirkan pasal Zikr tu? Saja betullah along ni nak cari pasal. Sabar Bella. Sabar!
Orang macam ni, jangan dilawan perasaan dia tu. Cool and chill.
"Eh, bukannya ada pahala pun Bella nak fikirkan pasal hamba Allah tu. Lainlah kalau Bella fikirkan pasal suami Bella. Tengah makan apa? Dah solat ker belum? Tidur pukul berapa? Ada dating dengan mana-mana perempuan ker tak. Haa... jangan itu memang Bella fikir sangat-sangat. Suami Bella, kan?" Balasku dengan sedikit sindiran. Itupun kalaulah dia faham.
"Mujur ingat dah ada suami, kan."
"Awak, ingat tak yang awak ada isteri?"
Talian sana sunyi seketika. Mestilah tak ingat! Double triple punya sedih.
"Ingat selalu... dalam doa." Pergh, ayat dia. Ayat manis cara memujuk atau sekadar mahu menyedapkan hati aku sebenarnya? Entahlah. Aku tak tahu nak describe jenis ayat along tu. Sudahlah Bella, jangan nak asyik berangan sangat. Ingat sama, along tu dating dengan bekas tunang dia, depan mata kau.
Hasutan halus yang telah membuatkan aku mencebik.
"Bella, nak balik. Minta izin ya."
"Nanti. Tunggu abang..."
Eh. Aku telan liur. Abang? Along tersebut perkataan abang.
"Haah? Apa?" Tanyaku dengan suara sedikit cuak sedikit. Yelah, nak pastikan betul ker aku dengar along bahasakan dirinya abang. Atau dia sebenarnya tersalah sebut. Dia ingat dia berborak dengan bekas tunangan diakah?
"Tunggu. Kita balik sama-sama."
Aku hela nafas kecewa. Betullah, along salah sebut je.
"Bella, boleh balik sendiri." Tegasku sebab ternampak sebuah teksi di hujung jalan sana. Terus aku berdiri. Mahu menahan teksi tersebut.
"Jangan degil boleh. Kalau dah suruh tunggu tu, tunggu ajelah." Pergh, rasa berdesing telinga aku mendengar suara along yang sudah naik satu oktaf. Uiks, apa hal nak marah-marah aku pula. Sebab terbabas perkataan 'abang' ker?
"Bila pula degil. Bella Cuma tak nak susahkan..."
"Duduk situ. Sepuluh minit lagi, sampai." Putusnya tanpa sempat aku mencelah dan talian juga putus. Aku mendengus geram. Kalau dah Hitler tu Hitler juga. Mataku hanya mampu memandang sahaja teksi itu berlalu pergi dengan hati yang mendongkol rasa tidak puas hati.
Huh!
Kejam!
Rosaklah rancangan aku kalau along balik sama jugak. Aduhai...
Sepuluh minit kemudian, Honda City kepunyaan along tiba. Malas-malas aku bangun. Rasa geram masih lagi ada. Betul-betul sepuluh minit. Mandi ker tidak mamat ni? Cepatnya siap. Hairan juga aku.
Elok sahaja punggung mendarat, kereta meluncur laju. Cepat-cepat aku pakai tali pinggang keselamatan. Along yang berada di sebelah, aku sempat kerling sahaja. Wangi. Macam baru lepas mandi. Dia pakai baju tee dengan seluar track sukan. Err, dia pergi jogin ker tadi?
"Bella boleh balik sendiri. Hantar kat stesyen bas pun dah okey." Sekali lagi, aku buat rayuan.
Along diam. Matanya fokus pada pemanduan. Takkanlah aku nak gesel-gesel dekat lengan dia tu. Dah pelik sangat. Tak pernah-pernah buat perangai begitu, kang tak pasal-pasal kena lepuk.
"Bella..."
"Bella sayang... duduk diam-diam."
Hah?! Terus aku tutup mulut aku. Rendahkan badan dan pejam mata. Abang? Along tu betul-betul ker bahasakan diri dia abang dekat aku? Ish, ni yang rasa syak wasangka pulak.
"Err, awak ni... betul ker sedar. Ni Bella... bukannya..." ayatku terhenti. Alamak, takkan nak cakap pasal Marissa. Mesti dia tahu aku stalk dia. Tak boleh-tak boleh. Bocor rahsia.
Nampak bibirnya herot dengan senyuman. "Abang sedarlah. Abang balik kampung dengan isteri abang. Kenapa?"
Uhuk! Uhuk! Uhuk!
Isteri abang, kau.
Sah, Along Hitler buang tebiat. Tak pernah-pernah nak abang bagai, hari ni berabang pulak dah. Muka banyak seri. Kuatnya penangan Marissa. Ker dia tengah praktis nak cakap begitu dengan Marissa? Jadinya, aku ni bahan ujikaji sahajakah?
"Err..."
"Yer sayang..."
Sah! Sah! Sah!
"Nak tidur."
Aku pejamkan mata. Hati rasa sedih pula. Dulu aku memanglah nak dia panggil sayang semua tu. Tapi, sekarang ni situasinya berbeza. Sebab Marissa sudah muncul dalam hidup along semula. Mungkinkah mereka sedang menganyam bahagia sekarang. Dan, along perlulah berbuat baik dengan aku untuk mendapatkan keizinan untuk menikah dengan Marissa.
Sedih! Sedih! Sedih!
"Bibir tu jangan muncung sangat, kang abang cium!"
"Mana ada!" balasku dengan nada sebal.
"Comel." Aku dengar ayat yang sepatah itu walaupun perlahan. Untuk aku atau untuk Marissa?
Pastinya bukan untuk aku! Tak sangka, dalam usia belum 25 tahun aku bakal dapat madu. Bakal madu pula lebih tua dari aku. Patutlah along baik sangat. Cakap elok-elok semua. Ada udang disebalik mee rupanya.
"Jangan haraplah nak kawin lagi satu!"
"Apa sayang?"
Err... terlepas cakapkah? Boleh tak dia anggap aku mamai?
"Bella sayang ni..."
Dah! Jangan nak perasan. Pi tidur sana.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah blog ini.

#isabella - BAB 23

Hujung minggu, aku di kampung umi. Memandangkan along sudah sihat sepenuhnya, jadi umi pun mahu pulang semula ke Taiping. Kata umi, a...