Wednesday, March 22, 2017

#isabella - BAB 12

Umi sambut aku dan along dengan senyum lebar. Manis betul, kalah labu sira. Tangan umi aku salam dan cium hormat. Umi pula memeluk aku, seperti biasa. Terasa limpahan kasih sayang umi meresap jauh dalam hati aku. Masa ni la mula terasa sebak. Teringat arwah mommy dan daddy. Andai panjang umur mereka, tentu mereka yang akan sambut aku bila pulang dari asrama. Sekarang, hanya ada umi. Mujur ada umi yang best!
"Dah... nangis pulak. Kenapa ni? Gaduh dengan along?"
Umi seka air mata dekat pipi aku. Aku diam sahaja. Pegang tangan umi kejap-kejap. Luruh lagi air mata aku. Kali ni deras. Sampai teresak-esak. "Along... buat apa dekat Bella sampai nangis ni?"
Kawan tu yang baru melangkah masuk ke dalam rumah, terpinga-pinga sendiri. Beg galas aku yang dia bawa setelah berlaku adegan paksa-tarik tadi, diletakkan atas sofa. Berkerut kening dia memandang aku dan umi. Yelah, masuk-masuk je rumah terus kena tuduh buat aku menangis.
"Err... mana ada umi." Along usik rambut shogun dia. Muka dia cuak. Padan muka!
"Dah tu... ni yang nangis ni?" Soal umi dengan muka tegas.
Nampak halkum along bergerak. Aku kesat air mata dengan tangan.
"Usik sikit je umi..." akhirnya along bukak cerita. Dia curi pandang aku dengan buat muka minta simpati. Aku tarik muncung. Biar dia kena dengan umi kali ni. Bukan main lagi dia tadi masa dalam kereta ya.
"Kamu ni along... dah tak ada kerja ya, usik Bella ni."
"Ala umi... usik-usik manja je... Nak tengok isteri along ni sayang along ker tidak."
Amboi jawapan dia. Nak juga pertahankan yang dia tu tak salah.
"Along buat apa?"
Along tayang sengeh. "Ala mi... tak ada apa-apa lah..."
"Arsh Raaiiq!" Ngee... umi kalau dah panggil nama penuh tu, faham-faham sendirilah yer.
"Suruh cium sikit je tadi..." Perlahan suara along. Aku? Rasa merah muka. Darah menyerbu ke seluruh saraf dekat muka. Panas!
Ada ker patut dia suruh aku kiss pipi dia kalau aku nak singgah perhentian Rawat dan Rehat. Dah la masa tu aku dah penuh tangki pundit ni, boleh dia buat permintaan luar alam tu. Sumpah, masa tu gigil-gigil dah badan aku.
"Cepat, kiss abang. Kalau tak... ambil botol kosong kat belakang tu."
Aku telan liur yang memang terasa kesat. Takkanlah...
"Cepatlah yang..." Dia buat suara romantis. Tak pernah-pernah dia cakap dengan aku begitu. Hari ni dah kenapa pulak. Hesy...
"Kata sayang, kan... cepat tunjuk bukti."
"Mana ada..." Boleh terkucil aku dalam kereta ni sementara nak tunggu sampai Taiping.
"Tak sayang abang? Tak baik tau... Kata nak jadi isteri mithali. Abang baru tuntut first kiss kat pipi je tau..."
Geli! Sumpah!
"Apa ker merenyam sangat suami Bella ni?" Kereta masih lagi dalam kelajuan yang sederhana. Tapi, aku tahu RnR tu dah tak berapa jauh. Kalaulah dia tak nak singgah, naya aku!
Aku garu pipi yang memang tak gatal. "Merenyam dengan isteri, dituntut. Besar pahala yang..."
Aku jegilkan mata. "Buat perangai pelik-pelik ni... mesti ada apa-apa. Nak kawin lain ker?" akhirnya... aku bersuara juga. Sebab memang pelik sangat perangai dia. Tahap manis dia macam lori gula terbalik atas jalan tar. Seram pulak aku. Tak fasal-fasal, romaku merinding sendiri.
"Bella, bagi ker abang kawin lagi satu?"
Masa tu terus hilang deria rasa mahu ke bilik air. Hilang!
Hilang semua rasa yang ada. Macam terjaga dari lena yang indah.
Mulai masa itulah, aku terus lancar mogok suara. Dia cuit aku kiri kanan, atas bawah. Tiada langsung riaksi aku. Beku jadinya. Masa tu aku Nampak along sudah mengelabah. Dia berhenti juga di RnR tapi aku langsung tidak keluar dari kereta. Dia pujuk pun tak jalan. Aku dah jadi mannequin bernyawa.
Sampailah kami tiba di rumah umi.
Tiba-tiba tanganku digengam kemas. Aku tersentak. Lamunan tentang kisah izin kawin dua melayang hilang. Di depan mataku, along sedang merenung. "Please... abang minta maaf. Abang janji takkan sebut lagi pasal kawin semua tu. Abang minta maaf." Tubuhku dipeluk. Aku tak membalas rangkulannya. Hati aku masih lagi terasa.
"Itulah... along ni, kan... boleh pula buat gurau benda macam tu." Umi sambung bebel. Rupanya umi dah jadi penonton drama cinta. Aku jadi segan. Tunjuk perangai depan umi.
"Sumpah, umi... along tak sengaja."
Aku angkat beg galas. Malas nak dengar orang sumpah-sumpah bagai. "Bella nak masuk bilik dulu ya mi."
Dengan mata sayu, aku melangkah menuju ke bilik kami. Meninggalkan along dengan umi.
"Along!" Sampai aku di depan pintu bilik, suara umi membebelkan anak sulungnya masih kedengaran. Macam lawak pun ada. Ini kalau adik-adik ada, sure boleh jadi bahan. Kalau Saif dengan Naim ada... harus dah gelak terguling mereka berdua sebab komander Hitler kena bebel dengan umi.
"Eh, kak long." Pintu bilik sebelah, aku tolak perlahan.
Senyum. Angah Diba terus bangun setelah mematikan panggilan telefon. Tentu tengah bergayut dengan inche tunang tersayang. Aku kacau daunlah pulak.
"Balik sorang-sorang?" tanya dia.
"Dengan along."
Terkelip-kelip mata angah Diba. "Dah tu, rancangan kita?"
Aku tarik sengeh. Tak kisahlah, along tu aku kuis sikit... Biar dia dok tepi. Rancangan tetap on!
Dia punya mogok sampai tak nak masuk dalam bilik sendiri. Makanya, berkampunglah isteri along Hitler dalam bilik adik iparnya. Biarkan dia. Aku ni dah la jenis susah nak merajuk, sesekali merajuk biar betul-betul merajuk. Sampai orang tu mengeluhlah sebab aku ni tak terpujuk-pujuk.
"Along tu macam kena guna-guna je..." luahku pada angah Diba.
Terangkat kening adik iparku. Mungkin sedikit pelik atau kedengaran serupa mengarut pula, kan. Tapi apa nak buat, dah memang itu yang aku rasa. Kalau dia tak kena guna-guna atau kena hembus dengan jampi serapah, takkanlah perangai dia tu pelik ya amat.
Eh, setahun dah aku hidup dengan dia. Setahun? Aku terdiam sendiri. Memikir. Setahun? "Angah, hari ni berapa haribulan?"
"4 April. Kenapa?"
4 April? Wah, dah setahun betul rupanya along Hitler jadi suami aku.
Happy Anniversary, Bella!
Dan, hadiah yang aku dapat adalah... dia minta kawin lagi satu!
Nafas aku lepaskan. Penat pula rasanya. Dah setahun hidup sebagai suami isteri. Tentulah aku tahu pelik ke tidak suami aku. Manalah pernah dia nak usik-usik aku dengan gaya romantis abis. Mana ada dia nak bahasakan diri sebagai abang. Mana adanya dia nak panggil aku sayang.
Hu hu hu.
Mestinya semua bersebab. Telahan aku sejak dia jumpa dengan Marissa. Dia terus jadi begini. Buang tebiat senang cerita!
Sama ada dia jatuh cinta semula dengan Marissa.
Atau, dia kena guna-guna dengan Marissa!
Dua-duanya menyakitkan hati aku. Sumpah!
"Kak Long..." Aku senyum tawar.
"Ker kak long yang kena guna-guna dengan along?" Angah Diba kenyit mata nakal.
"Apa pulak kak long. Along awak tu haa..."
"Okey... along buat apa?"
"Buat perangai pelik. Romantik macam hero Hindustan. Mana pernah dia macam tu. Semuanya jadi bila dia jumpa bekas tunang dia tu...." Rasa sebak dah dalam hati aku. Yelah, benda logik.
Termenung adik ipar aku ni. Memikir.
"Kak long fikir macam-macam ni. Cuba kak long fikir yang baik-baik. InshaAllah, semuanya akan baik-baik. Doa yang baik-baik untuk along dan kak long."
Aku sedut nafas dalam-dalam. Kenapalah dalam kepala aku ni macam-macam ada. Yang pastinya, banyak yang negative dari yang positif.
"Cemburu eh?"
"Suami kut..." Jawabku dengan suara lemah.
Angah Diba peluk aku. "Cemburu tandanya sayang... dulukan risau takut tak sayang-sayang along tu... ni dah jatuh sayanglah namanya, kan?"
Eh?
Aku sayang along?
Bunyi ketukan pada pintu membuatkan aku dan angah Diba sama-sama kalih memandang pintu. "Wah... curi isteri along eh. Bak sini balik."
Erk...
Along tunggu di depan pintu sahaja. Selama aku duduk dalam rumah ni, adik-adik memang terdidik supaya menjaga pergaulan. Bukan main redah bilik tak tentu pasal.
"Pi laa... abang sayang dah panggil tu." Bisik angah Diba buat aku segan sendiri. Lambat-lambat aku bangun dan mengatur langkah ke muka pintu. Hesy... awat yang tiba-tiba jadi segan dan malu alah ni. Along dengar tak aku cakap-cakap tadi? Malunya kalau dia dengar.
Along tarik lengan aku. "Amboi... bukan main lagi merajuk. Nak suruh abang tidur sorang ya..." Bisik along. Terangkat bahu aku. Geli, mak!
Pintu bilik angah diba ditutup dan tubuhku ditolak ke bilik sebelah pula. Pergh, dia punya seram sejuk tu lain macam. Rasa macam beratnya lahai nak heret langkah tu.
Tolak sahaja daun pintu, kaki aku terus terpaku sendiri.
Wanginya... Bilik kami ker ni?
"Happy Anniversary, sayang..."
Tiga kuntum bunga mawar dihulur dengan senyuman. Ini baki bunga kut sebab bertaburan kelopak bunga ros atas katil. Gulp!
"I love you..."
Gulp! Gulp! Gulp!
Nampak gayanya macam aku yang bakal kena guna-guna nih!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah blog ini.

#isabella - BAB 23

Hujung minggu, aku di kampung umi. Memandangkan along sudah sihat sepenuhnya, jadi umi pun mahu pulang semula ke Taiping. Kata umi, a...