Wednesday, March 22, 2017

#isabella - BAB 13

Usai mengerjakan solat Subuh berjemaah, cepat-cepat aku bawa diri ke dalam bilik. Tak tahan betul mata. Rasa nak tutup saja. Masa solat tadipun, asyik menguap aje. Mujurlah Imam tak baca surah panjang, kalau tak ada yang terlelap dalam sujud. Akulah tu orangnya. Masuk sahaja ke dalam bilik, terus aku rebahkan tubuh atas katil. Pejamkan mata dan tangan kuletakkan atas dahi.
Belumpun sampai seminit dua, terasa di sebelah aku ada penghuninya. Haruman badan yang aku sudah tahu siapa. Terus rasa cuak sendiri. Tak tahulah kenapa. Padahal selama ni okey je. Serba tak kena jadinya.
Bella, dulu lain sekarang lain!
Dulu sekadar pegang status isteri. Sekarang dah betul-betul jadi isteri!
Dah rasa macam pengantin baru jadinya. Ish, ni semua along Hitler punya pasallah. Ker silap aku sebab balik kampung? Kalau aku tak balik, semua ni takkan jadi. Hello, Bella... dah lupa ya. Kun fa ya kun. Bila dah ditentukan masanya, ia tetap akan terjadi walau dengan apa juga alasannya.
Kena faham yang itu!
Lagipun, Along bukannya buat benda yang tak betul. Dia Cuma tunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami yang sah. Takkan nak marah, benda halal. Pahala dah tentu ada. Bukannya dosa. Tapi, kalau aku yang tak ikhlas?
Kenapa pula tak ikhlas? Bukankah doa selalu supaya Allah bukakan hati along untuk menerima aku sebagai isterinya. Kenapa perlu ada perasaan ragu-ragu lagi tu Bella? Mungkin sebab along tak bagi hint dan semua ni jadi tanpa aku duga.
Ker semua ini sebab Zikr?
“Mimpi apa tu sayang sampaikan berkerut-kerut dahi.” Gulp, obvious sangat ya aku punya perilaku sampai kena tegur. Dah la suara dia macam berbisik tepi telinga sahaja. Mamat ni saja betullah nak kacau aku pagi-pagi ni.
Terasa geli pula bila ada hembusan nafas yang terkena pipi aku. Haih, lain macam pulak. Merinding romaku jadinya. “Tak panas ker tidur pakai telekung ni. Nak abang tolong...” Zap, terus aku celikkan mata. Pergh, pembaris pendek tu patahkan dua. Kemudian, patahkan lagi dua. Haa... itulah jarak muka antara muka aku dengan along!
Melihatkan muka gabra aku, along bantai gelak. Aku tarik muka. Suka betul dia usik aku sekarang. Dia tahu tak, jantung aku ni sejak semalam bekerja keras di luar waktu kerja normal. Kasilah dia rehat sekejap. Risau pulak aku, jammed jantung ni. Naya!
“Fikirkan apa tadi tu?”
“Bella nak tolong umi...” Aku nak bangun, tapi dia terlebih dahulu menarik aku kembali jatuh ke posisi yang sama. Hampir aku terjerit. Haru betullah. Terjerit kuat kang, terkejut umi dengan angah diba tu. Habis aku kena bahan sampai anak sepuluh. Err, anak sepuluh? Haih.
“Awal lagi. Umi pun tengah berehat tu. Lagipun tak lari ke mana pun dapur tu. Abang rasa isteri abang ni ada macam-macam soalan untuk abang, kan?” Lembut suara along membuatkan aku menarik nafas panjang-panjang.
Betullah, macam-macam soalan ada dalam kepala aku. Cumanya aku tak tahu bagaimana untuk meluahkan kepada along. Takut, silap soalan lain jadinya. Tapi, kalau aku pendam dan tak tanya-tanya, hati aku yang dapat sakit.
“Abang minta maaf.”
Eh? Aku terus pandang muka along. Err... tu soalan juga ya. Soalan berbentuk body language, gitu.
Tangan aku ditarik dan digengam kemas oleh along. Tu bukannya jawapan, kan?
“Abang ambil masa satu tahun untuk betul-betul kenal dengan Bella. Untuk jatuh cinta dengan Bella. Untuk sayangkan Bella dengan sepenuh hati ini. Bella, abang minta maaf kalau selama ini abang abaikan tanggungjawab abang untuk menerima Bella sebagai isteri. Abang perlukan masa. Abang ni banyak sangat kelemahannya. Abang takut abang mengecewakan Bella. Abang takut abang tak boleh jadi suami yang mampu membahagiakan Bella. Abang...”
Dua jari aku terletak atas bibir along. Dia diam.
“Sejak hari kita diakadnikahkan oleh arwah daddy, Bella terima walau siapapun abang. Bella yakin, jodoh kita atas izin Allah. Daddy takkan suka-suka nak serahkan anak manja daddy ni dekat seseorang yang daddy sendiri tahu takkan mampu untuk membuatkan anak manjanya bahagia. Kan?”
Arwah daddy pasti tahu apa yang terbaik untuk aku. Lelaki yang dijodohkan dengan aku ini pastinya lulus tapisan oleh daddy. Mungkin dia saja yang tidak tahu. Aku kenallah daddy aku. Bukan senangnya dia nak percaya dengan orang yang dia tak kenal. Apatah lagi untuk menyerahkan tanggungjawab untuk menjaga aku setelah daddy pergi menyahut panggilan Ilahi.
“Bella tak marahkan abang, kan?” Dia alihkan jari aku.
“Marahkan abang sebab?”
“Buat Bella tertunggu-tunggu.”
“Oh tak marahlah. Ingatkan nak kena tunggu lagi 365 hari.”
Along gelak. Dia cuit hidung aku. “Nakal eh... Sekarang jangan nak nakal-nakal sangat ya. Bahaya.”
Uiks. Kenapa pula? Terjungkit kening aku.
“Bella bila nakal ni nampak seksi sangat. Karang, setiap tahun kita kena bukak buku pink.” Ish, along ni cakap banyak pula pakai bahasa kiasan. Otak aku ni susah nak compute. Cakap yang terus-terang tak boleh eh?
Dalam aku memikir pasal buku pink... Cup!
Haih, pandai betul dia ambil kesempatan ya.
Baru nak protes, dia tarik aku dalam pelukannya. “Terima kasih sebab sudi jadi isteri abang.” Satu baris sahaja ayat dia tapi dia punya menusuk terus ke jantung. Dup dap dup dap. Kesian kat awak cik jantung, minta maaflah...
Kena overtime lagilah nampak gayanya. Ngee...

Bancuh air sambil senyum. Kacau bihun goreng pun sambil senyum. Ahh, sudah... aku ni dah terkena sawan senyum ke apa sebenarnya ni? Bahaya betul. Ni semua alonglah tukang sebarkan virus kasih sayang dekat aku. Betullah kata umi, anaknya yang sorang ni kalau dah jatuh cinta, kalah hero hindustan dia punya feel.
Setuju sangat tu, umi!
“Ni pakai-pakai tudung awal pagi nak ke mana?” Erk, terkejut aku. Umi tegur aku masa aku tengah kacau dalam teko berisi air milo. Entah berapa lama umi ada dekat dapur ni sampaikan aku tak perasan.
“Cadangnya nak pergi jalan-jalan kat kampung, umi... Nak ambil angin pagi. Lama tak jalan-jalan tengok kampung.” Aku senyum. Tapi rasa canggung bila lihat senyuman balas umi yang lain macam.
“Angah mana umi?” Tanyaku. Cuba nak alih perhatian umi. Lagipun aku tak nampak pula kelibat adik ipar aku tu. Takkan tidur lagi. Sebab peraturan dalam rumah ni, lepas Subuh mana boleh tidur-tidur. Kang kena gegar dengan along Hitler.
Eh, along Romeo. Mati aku kalau along tahu aku dah tukar gelaran dia. Along Hitler kepada Along Romeo. Ngee... Habislah Bella!
“Eh, sebut-sebut nama orang... Wah, sedapnya bau. Kak Long punya bihun goreng, memang sedaplah.” Angah Diba ambil tempat dekat meja makan. Macam tahu-tahu je kita orang sebut nama dia.
“Uiks... apa pasal pakai tudung dalam rumah?” Cis, soalan dia tu beserta dengan senyum nakal. Saja nak usik aku pulak budak ni. Gigit kang, padan muka.
“Dah-dah... kamu tu buat apa tadi? Bergayut dengan orang hospital ker? Jangan nak gayut sangat. Darah tengah manis. Kurangkan masa bergayut. Sekarang ni kena mantapkan skill kamu kat dapur. Esok-esok dah kawin, nak bagi suami kamu makan apa? Telur goreng je hari-hari?”
Aku sengeh. Abislah kau angah. Umi dah bukak ceramah. Bertabahlah, kak long dulu pun dah kena jugak. Masa aku belum kawin, arwah mommy tu memang paksa aku masuk dapur. Tipikal mak-mak. Tak reti kena belajar. Jangan langsung tak nak belajar.
Dan ayat anak-anak perempuan adalah;
“Alah umi... esok-esok dah kawin, pandailah.”
Umi geleng kepala. “Belum kamu sempat pandai, tuan doktor cari awek siam. Padan muka.” Bidas umi buat angah Diba tarik muka. Aku tergelak. Tu la, melawan lagi cakap umi. Padan muka!
“Umi..” Suara garau itu buat dada aku berdebar!
Cup!
Panggil umi, kiss pipi aku!
Kesian pipi aku jadi mangsa. Sempat aku jeling kat dia. Tak malu betul. Depan umi dengan adik dia, buat perangai tak semengah ni.
“Uiks... along...”
Dia buat muka tak lut pun dengan suara nakal adik dia. Aku pula yang dah malu-malu segan. Bera kut muka aku ni. Haih, kalau beku tu beku kalah ais dekat kutub. Tapi, ais kat kutub pun dah cair sebab lapisan ozon dah bocor. Parah!
Dia betulkan tudung syria atas kepala aku. Kemudian senyum nakal. Mujurlah terlindung dari pandangan mata nakal angah diba dan umi. “Cantik isteri abang.” Bisiknya lagi. Angah Diba sudah terbatuk-batuk. Umi dah gelak halus.
Ni semua sebab dia. Tak pasal-pasal aku kena pakai tudung dalam rumah. Dan tak pasal-pasal kena cari alasan. Ni aku nak redah jalan dekat kampung masa orang kampung pun baru nak bangun tidur. Haila nasib!
“Umi... lepas ni, tak payahlah beli stok gula dah...”
Along gelak besar!
“Gula halal, kan umi...” Angah Diba ternganga sekarang.
Parah! Parah! Parah!
“Apa kak long dah buat dengan along?” Soalan tu buat aku sengeh. Hesy... soalan level mana tu angah? Yelah, along hitler yang sekarang turn on along romeo, mestilah orang hairan. Tapi, over pulak cara angah diba ni.
“Dah, cepat makan angah.” Umi gesa angah diba. Terima kasihlah umi sebab memahami. Aku ni dah tak tahu nak beriaksi macamana.
“Umi... nampak gayanya... cepatlah umi timang cucu kalau dah begini.”
Gulp, ada lagi tu ayat dia. “Angah!” Suaraku bernada geram. Pakatan apakah pagi-pagi ni nak menyakat aku.
“Dah... makan Bella. Jangan dilayan angah tu.”
Orang sebelah pun tak nak tolong aku. Yang dia tahu gelak dan gelak. Bahagia sangat agaknya isteri jadi bahan usikan kut. Hesy... Mogok karang, padan muka!
“Comel isteri abang.” Ceh, itu aje ayatnya bila aku mencedukkan bihun goreng ke pinggan dia. Aduhai Bella, suami puji awak tu. Pahala. Senyum. Senyum. Aku hela nafas tenang. Geram pulak aku.
Kenyit mata sikit, “I love you...” Along terbatuk-batuk sebab dia tengah hirup air milo.
Angah Diba dan Umi dah bantai gelak sakan!
Itulah, diakan suka aku buat nakal. Tak apa, nakal yang halal!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah blog ini.

#isabella - BAB 23

Hujung minggu, aku di kampung umi. Memandangkan along sudah sihat sepenuhnya, jadi umi pun mahu pulang semula ke Taiping. Kata umi, a...