Wednesday, March 15, 2017

#isabella - BAB 7

Balik sahaja ke rumah sewa, aku terus hempaskan tubuh atas katil. Pejam mata. Terbayang-bayang along Hitler dengan senior tu. Junior? Ha ha ha. Junior sangatlah kut, kan. Aku budak part eight lah. Semester akhir ni! Celah mana yang aku jadi junior tu? Tak faham betul. Nak cover diri pun agak-agaklah.
            Eeeiii penipu!
            Penipu besar!
            Habis kau nak suruh dia cakap apa? Oh, this is my lovely wife. My sweety honey. My sugarlicious. My gula perang. My gula pasir. My gula-gula…
            Sangatlah kalau dia nak mengaku aku ni isteri dia.
            Tiba-tiba aku rasa sedih sendiri. Ada suami tapi macam tak ada suami. Ada je student lain yang dah kawin. Hidup sama-sama. Duduk satu rumah. Study sama-sama.
            Abang Ikhwan dengan Kak Suria.
            Bahagia je aku tengok. Suami tunggu isteri depan dewan kuliah. Sambut isteri keluar dari bilik kuliah. Naik motosikal ke hulu ke hilir. Lunch sama-sama. Sweet, kan? Result gempak je. Abang Ikhwan tu siap jadi MPP lagi. Kak Suria tu dapat pingat naib canselor masa graduasi. Sekarang dua-dua sambung PhD.
            Aku?
            Junior?
            Sedihnya hati…
            Dah setahun, tipulah kalau kata aku tak jatuh sayang, tak tergolek cinta kat dalam hati aku. Namanya yang hidup dalam satu ikatan halal, sebilik dan sekatil. Malah malam-malam, muka dia yang aku tenung sebelum tidur masa dekat kampung. Mustahil sangat kalau hati aku tak ada debar-debar. Aku, perempuan biasa.
            Jatuh sayang dengan keperibadian dia.
            Jatuh cinta dengan diri dia sebagai seorang suami.
            Memanglah dia tak pernah sebut dia sayang aku.
            Perkataan cinta pun tak pernah dengar dari bibir dia.
            Tapi…
            Bukankah bahasa tubuh juga boleh menunjukkan yang seseorang tu telah jatuh cinta? Boleh, kan?
Aku ni nak kata yakin sangat tu taklah. Tapi, tingkah along Hitler tu macam meyakinkan aku tentang rasa sayang ni. Aku, perempuan. Boleh rasa benda macam tu. Cara along Hitler tu rasa-rasa macam dia sayang kat aku.
Suami mana tak sayang isteri?
Tapi, kenapa dia cakap aku ni hanya ‘junior’. Kenapa tidak upgrade jadi girlfriend ker. Tunang ker? Kenapa hanya junior? Macam aku ni langsung tak ada apa-apa ikatan. 
Ker aku yang syok sendiri sebenarnya?
Aku telan liur yang terasa pahit. Huh, boleh demamlah kalau gini gayanya.
Aku ni bertepuk sebelah tangankah?
            Serabutnya…
            Sekonyong-konyong terdengar azan Asar berkumandang. Dengan langkah longlai, aku paksa diri untuk bangun. Solatlah Bella. Solat betul-betul. Minta doa yang elok-elok. Minta doa semoga Allah campakkan rasa kasih sayang along Hitler untuk aku.
            Doa supaya along Hitler jatuh cinta dekat isterinya yang comel ni!

Tak sengaja tiba-tiba aku terlepas keluh. Serentak Adel, Elia, Hana dan DD memandang aku dengan muka pelik. Alamak, macamanalah boleh pula terlupa yang aku sekarang ni dekat ruang tamu dan sedang menonton televisyen dengan skrin gedabak tu. Walaupun, hakikat sebenarnya fikiran aku melayang jauh.
            “Kau apa hal, Bell?” Tanya Adel. Sekarang fokus mereka dah berubah. Hero badan ketak-ketak pun dah tak laku. Friendship lebih macho eh.
            “Kau ada masalah?” Soalan dari Elia pula menyusul.
            “Study okey?” DD pula menyambung.
            “Kau jatuh cinta?” Soalan yang terpancul dari mulut DD buat aku angkat muka. Jatuh cinta tergolek-golek atas highway plus pusing satu Malaya dah ni weyh. Masalahnya jatuh cinta terguling tergolek sorang-sorang je. Kesian betul.
            “Abang Zikr approach kau lagi ker?” DD punya soalan mesti berasap!
            Aku geleng. Apa taknya, pantang Nampak dari jauh susuk tubuh along Hitler dengan Zikr, memang aku pusing dan ambil jalan lain. Sanggup tu tawaf satu fakulti semata-mata tak nak terserempak dengan makhluk tuhan yang berdua tu.
            “Bagitaulah… kitakan dah janji. Masalah tu milik kita semua. Bukan simpan sorang-sorang.” Ujar Elia dengan muka bersungguh. Ya, itulah janji dan ikrar kami semua. Cumanya dalam hal ini, rasanya aku yang telah banyak kali melakukan perlanggaran ikrar janji segala.
            “Begini…”
            Tiga harakat dan aku tengah mencari turning point memulakan kisah.
            “Anak umi tu… ala yang bertunang hari tu, tanyakan aku… pasal… macamana kita nak tahu lelaki tu sayangkan kita. Yelah, korang faham jelah kan. Orang  baru bertunang. Darah tengah manis. Mungkin dia ragu-ragu dengan tunang dia. So, dia tanyalah kat aku.”
            Telan liur, payaunya rasa. Pembohongan! Maafkan aku kawan-kawan. Belum masanya lagi untuk aku bukak satu-satunya rahsia hidupku yang terbesar. Selagi along Hitler belum beri isyarat kepada umum yang dia sudah beristeri, makanya aku kenalah diam juga tentang hal ini.
            “Kau ni… lebih pada masalah Negara punya monyok. Chill, DD jawab. Kau ada pengalaman.”
            Pap, peha Adel kena tepuk. Dia sengeh.
            “Yelah DD. Kau je ada pengalaman. Tolong sesame kaum ni. Cepat.” Gesa Hana pula dengan muka raih simpati.
            “Korang ni kan… cerita macamlah aku bercinta puluh-puluh tahun.”
            “At least, ada juga pengalamanlah kan. Kita orang ni?”
            DD  mencebik. Ambil nafas. Pandang muka kita orang.
            “Lelaki ni ada dua style dalam bercinta. Satu, yang kat mulut dia suka cakap I love youlah, I sayang youlah… Pendek kata, dia bagitau dengan bahasa yang dia memang jatuh cinta kat kau. Yang style kedua pula, yang jenis tak bagitau tapi dia tunjuk dengan cara yang dia sayang kat kau.”
            Aku terdiam. Memikir. Along Hitler spesis lelaki kedua.
            Harap-harapnyalah…
            “Contohnya?” Hana bersuara.
            DD herot bibir. Tu tanda dia tengah fikir.
            “Banyak… contohnya la, kan… Dia suka pandang mata kau. Bukan pandang macam nak makan tu. Pandang cara nak tembus masuk dalam hati kau.”
            Along Hitler? Okey, kekadang tertangkap juga mata dia memandang aku kalau tengah ramai-ramai dalam keluarga. Kemudian cepat-cepat dia larikan mata dia. Eh, angah Diba pun pernah cakap. Along tu suka pandang aku masa makan. Aku je tak perasan sebab aku kalau tengah hadap makanan, memang tak pandang dah kiri kanan.
            “Dia suka mendekatkan wajahnya dekat kau. Bukannya nak cium kau, tapi lebih pada nak cuit hati kau. Dan hati kau akan rasa  debor-debor, bak kata opah aku.”
            Along Hitler? Mamat tu kalau nak cakap dengan aku, mesti nak dekatkan muka dia. Rasa macam dia nak cium tapi taklah ke tahap itu. Hati aku? Debor-debor, macam nak luruh jantung, limpa, pancreas semualah.
            “Kemudian, dia tu jenis suka cakap perlahan dan lembut.”
            Definitely, tak! Along Hitler cakap dengan aku, tone dia sama macam dia kerah adik-adik dia. Sebijik macam komander kem bina semangat. So, yang ini reject.
            “Kalau dah kawin, dia akan sentuh kau dengan lembut dan mesra.”
            Along Hitler? Sentuh tu macam biasalah. Tersentuh bila aku nak hulur barang. Cium dahi aku bila selesai solat. Sentuh yang lain? Err… setakat ni tak adalah. Selamat wal afiat lagi.
            “Kenapa dia susah nak cakap ya?” Soalan Hana muncul lagi.
            “Koranglah fikir. Penat aku cakap ni. Haus.” DD bingkas bangun. Ke dapur. Betul-betul haus.
            “Mungkin jenis dia begitu. Mulut tak manis, hati saja sweet gula-gula kapas. Lagipun sayang tu kadang-kadang tidak perlu diluahkan semata-mata. Perbuatan seseorang itu sudah cukup untuk meyakinkan kita yang dia memang sayangkan kita. Pada aku, cukup dah tu. Muak kut hari-hari cakap I love you.” Ucap Elia dengan mimic muka geli.
            Kami semua gelak. “Yang mana romantic ya?”
            Soalan aku buat semuanya diam semula.
            “Dua-dua romantic dengan cara sendirilah.” DD bawak satu jug air ribena.
            “Aku nak yang style kedua.”
            “Aku nak pertama tu. Aku suka dengar I love you ni…”
            “Geli kut.” Adel tepuk bahu Hana.
            “DD, Faiz kau style mana?”
            Erk, DD terus terbatuk-batuk dengar soalan Elia. Merah padam muka dia. Kesian pula aku tengok.
            “Entah…” Dia terus bangun. Tahu, nak larilah tu.
            “Mana mau lari… Cakap!” Hana, Elia dengan Adel dah berura-ura mahu dapatkan jawapan juga. Mendecit DD lari masuk bilik.
            “Geng, serang!”
            Aku masih lagi di sofa. Hanya mampu gelak sahaja. Tak kuasa nak sakat DD. Biarlah mereka yang buat.
            Hingar-bingar dalam bilik DD.
            Along Hitler style apa?
            Yang keduakah?
            Aku hela nafas. Haila encik suami, awak ni suka saya tak?

            Penat tau tepuk sebelah tangan!

1 comment:

  1. Anonymous6:19 pm

    Ish ish ish...Penat Tau senyum, sengih, gelak tergolek terguling sorang sorang...Amat menghiburkan sya Cik ZZ 🎆...Sya yg byk stress Hari Hari 😀😁😂....Satu Bab lagi haihhh....😘 zoora

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah blog ini.

#isabella - BAB 23

Hujung minggu, aku di kampung umi. Memandangkan along sudah sihat sepenuhnya, jadi umi pun mahu pulang semula ke Taiping. Kata umi, a...