Tuesday, April 04, 2017

#isabella - Bab 15


Usai bersalaman dengan umi dan angah Diba, aku mengambil tempat di tempat duduk penumpang. Seperti kelaziman seorang Isabella Rose Nurani, perasaan sayu tetap ada bila aku mahu pulang ke Shah Alam. Mungkin kerana aku pernah merasakan peritnya bila kehilangan. Sekalipun, perpisahan ini hanya bersifat sementara. Tapi, yelah... Ajal maut itu rahsia Allah. Tak perlulah kita menunggu untuk mengungkapkan rasa sayang itu.
“Jaga diri. Jaga maruah suami. Jaga agama. Umi akan doakan yang baik-baik untuk anak-anak umi. Belajar elok-elok. Jangan gaduh-gaduh dengan suami. Isteri ni sifatnya harus seperti air bila suami membara api amarahnya. Begitu juga sebaliknya. Jangan dua-dua jadi petrol dengan diesel. Rentung habis kepercayaan. Ingat pesan umi ini. Saling menjaga antara suami isteri. Jangan pernah hilang kepercayaan antara satu sama lain.”
Di dalam kereta, aku hanya mendiamkan diri sahaja. Tiada rasa mahu berborak dengan along. Sesekali aku seka air mata yang mengalir dekat pipi. Tak tahulah kenapa, sayu hati melihat wajah umi tadi. Pesanan umi tadi bagaikan wasiat untuk aku pegang.
Allah... peliharakanlah umi kesayangan kami semua.
Aku hanya memaku pandang ke luar tingkap sebelah kiri sahaja. Melihat pemandangan deretan rumah-rumah kampung yang sibuk dengan pelbagai aktiviti paginya. Kemudian aku perasan along menekan punat radio. Bergemalah lagu ‘Selamanya Cinta’ nyanyian Shila Amzah dengan Alif Satar. Teringat budak-budak dekat rumah yang gilakan drama Surihati Mr Pilot. Tak pernah-pernah tengok drama melayu, boleh jadi penonton setia. Gilalah penangan Nailofar dengan Fattah Amin. Dengan aku-aku sekali terjebak!
Bibirku tersenyum segaris. Setiap bait lagu terasa ada sesuatu yang ingin disampaikan dalam hati aku. Teringat kisah antara aku dengan along Hitler yang sudahpun bertukar menjadi along romeo. Ngee...
Masa mula-mula aku kenal dengan along. Pergh, masa tu rasa nak simbah saja air oren saja atas rambutnya tu. Muka tu sombong ya rabbi. Tak reti-reti nak senyum langsung. Ingat lagi masa tu aku kena kerahan jadi bibik dekat dapur gara-gara satu keluarga kenalan arwah daddy dengan mommy nak datang ziarah. Dah namanya satu-satunya anak yang ada, makanya akulah bibik terhormat kepada mommy. Dah la aku baru lepas peperiksaan Tingkatan tiga, memang masa yang terluang tu, mommy tak bazirkan sungguh.
Kata daddy, inilah kenalan baiknya semasa dekat universiti. Arwah walid dan umi yang banyak membantu daddy dan mommy semasa di London. Termasuklah ketika mommy dan daddy mahu menikah. Inilah dua orang melayu Islam yang paling banyak menyumbangkan jasa termasuklah mengajar mommy tentang hal-hal agama Islam. Sebab itulah, daddy dan mommy selalu sahaja menyebut tentang umi dan walid.
Along masa tu dalam pengajian untuk melanjutkan pengajian ke Jepun. Kebetulan pula daddy mempunyai kenalan rapat di Jepun. Jadi, daddy menjadi orang tengah yang diharapkan untuk menjaga kebajikan along di Jepun sana. Ingat lagi masa tu, along komen pasal air oren yang aku bancuh.
“Tawarnya.” Jujur betul sampaikan aku terus tarik muka. Kemudian, along mengaduh. Padan muka, kena cubit dekat peha dengan umi. Mujurlah umi cubit, kalau tidak memang aku siram kepala along dengan air oren sejuk gedi tu satu juga. Biasa sangat mulut dia, tau. Sakit hati.
“Itulah... Bella ni bancuh air pun tak sukat agaknya pati oren tu.” Pulak tu, mommy boleh salahkan aku. Saja betul mommy. Dah macam aku ni betul-betul bibik pulak. Nak sukat-sukat pati air oren tu. Tak kuasalah. Aku bab masak memasak, air ker apa ker, memang tak ada nak sukat-sukatnya. Taram je. Lepas tu adjust ajelah.
Mulut aku pun boleh tahan juga masa tu. Menjawab dengan cara sinis. Biasalah budak-budak baru nak kenal dunia. “Nak masam ker? Baik minum pati dia terus.” Sengih kelat aku bila nampak mata mommy membulat. Daddy dengan walid dah pecah ketawa. Lawak eh? Dia tak tahu aku dengan anak teruna walid ni dah lawan main mata. Kalau boleh nampak laser tu, memang hangus rentung rumah aku.
“Along dengan Bella ni... sesuai...” Itu komen pertama Angah Diba yang aku ingat lagi. Mungkin aku akan ingat sampai bila-bila. Adik-adik kembar si Naim dengan Saif terhinggut-hinggut badan menahan gelak. Semuanya takut kena cubit dengan umi. Muka stone along aku jeling. Sesuai? Ha ha ha. Sangat sesuai. Mahu perang dunia terjadi bila kami berdua dekat.
Tapi... itulah. Jodoh pertemuan ni kuasa Allah Taala.
Memang dekat pun. Dekat sangat-sangat yang mana diikat dengan janji ijab dan qabul. Agaknya masa angah Diba cakap tu, pintu langit terbuka. Jadi satu doa. Makanya, makbul. Betullah, jodoh tu rahsia Allah. Pernikahan yang diikat dengan hati antara aku dengan along. Pertemuan yang terjadi dengan izin Allah Taala.
Tu laa... kutuk lagi. Kan dah jadi suami!
Reda ajelah.
Err... lagipun along ni sebagai suami taklah teruk pun. Okey je...
“Fikir apa tu sayang sampai berkerut dahi?” Suara along menarik aku dari cerita bertahun yang sudah. Aku lorekkan senyum segaris pada dia. Ralit betul aku masuk memory lane. Sesekali nak ingat kisah lama. Orang kata kita tak sepatutnya menoleh ke belakang. Tapi pada aku, sesekali kita perlu melihat ke arah belakang. Ada sesuatu yang boleh kita jadikan pengajaran. Supaya kita sentiasa beringat-ingat. Jangan tersilap langkah untuk kali kedua. Kemudian barulah kita pandang masa depan semula.
“Tentang kita.” Along sesekali mencuri pandang aku. Tangan aku dibawa ke gengaman dia. Dan dia hanya memandu dengan sebelah tangan sahaja. Mulalah aku rasa nak start enjin bebel. Tak suka betul aku dengan orang yang langgar peraturan jalanraya ni. Nyawa ni ada satu saja tau. Bukannya ada tangki simpanan nyawa macam tangki oksigen dekat hospital nun. Haih. Along ni...
“InshaAllah... jangan risau. Abang fokus lagi. Tapi Bella jangan nak senyum menggoda sudahlah. Hati abang ni mudah terbabas dah sekarang.” Tu diaa... Amboi dia! Belajar mana pick up line lagu tu.
Aku angkat bahu. Nak tarik tangan, memang taklah dapat. Dah macam dia kunci dan mangga terus tangan kanan aku tu. Tak apa, pahala Bella. Pahala!
“Kalau rindu nanti macamana?” Uiks, tiba-tiba soalan itu yang terpancul dari bibir along. Aku pandang dia dengan muka pelik. Yelah, sebelum ni mana nak ada dengar soalan macam tu. Sipi-sipi pun tak ada. Jangan nak beranganlah.
Aku gigit bibir lalu dibawa senget. “Entah.” Ngee... itu je jawapan yang mampu aku berikan. Sungguh! Aku pun tak terfikir sampai ke tahap nak rindu ker apa. Soalan along buat aku terfikir. Aku akan rindukan along ker? Dulu tu, ada jugaklah perasaan rindu. Tapi, simpan sendiri-sendiri. Kalau rindu, aku tengok ajelah muka dia dalam galeri telefon. Ada je gambar dia yang aku ambil curi-curi.
“Bella ni, kan... kang abang lencong pergi Cameron. Nak?” Dia buat muka geram. Aku telan liur. Offer bulan madukah? Haila Bella. Fikir sampai ke situ dah ye. Nak buat macamana, Cameron Highlands tu tempat sejuk. Jadi, automatik itu jelah yang termasuk dalam kotak fikiran aku. Lagipun, aku dah lama tak singgah sana. Ladang strawberry pakcik DD ada kat sana. Kalau kami pergi, memang free of charge.
“Tak naklah. Esok kuliah, kan?” Aku mengingatkannya. Bukannya aku menolak. Tapi masanya tidak sesuai. Tengah-tengah semester nak ponteng kuliah. Memang sengaja cari penyakit namanya tu. Tak elok diamalkan, tau. Lagipun apa aku nak jawab bila mantee detektif conan dekat rumah tu tanya nanti. Dah, dah... Lain masalah yer kita pergi.
Along gelak. “Dah tu kalau abang rindu dekat isteri abang ni macamana? Bolehkan kalau Bella dan abang... kita...” Alamak, aku tahu hala tuju ayatnya walaupun tak sempat habis. Nampak senyum nakal dia tu pun aku dah faham. Haih. Masalah pula bila dah kemaruk cinta dan sayang ni.
“Bella, isteri abang. InshaAllah, Bella takkan lari dari tanggungjawab Bella sebagai isteri.” Along angguk. Tanganku dilepaskan. Terasa dia menggosok-gosok kepalaku. “Good girl, sayang...” Aduh, mulalah hati terasa kembang semangkuk.
“Jangan risaulah. Abang takkan kacau Bella untuk belajar. Kalau rindu, sama-sama sedekahkan al fatihah. InshaAllah, rindu kita akan sampai pada kita berdua. Faham kesayangan Arsh Raaiiq?” Ngee... ye ker? Macam tak berapa boleh nak percaya, kan?
“Nanti habis semester ni, kita duduklah sama-sama. Lagipun rumah yang abang beli dekat Putrajaya dah lama siap. Tunggu nak masuk sajalah. Abang rasa nanti-nanti abang akan bawa Bella ke Putrajaya. Kita tengok rumah kita ya. Nanti hiasan dalaman dengan perabot, Bella pilihlah. Abang serahkan pada Bella. Itu rumah kita. Rumah untuk anak-anak kita.”
Okey, jujur aku jeda bila mendengar aturan ayat yang meluncur dari bibir along dengan lancar. Tanpa langsung tersekat-sekat. Semuanya bagaikan sudah ada dalam hafalan akalnya. Ya Allah, selama ni aku ingatkan dia langsung tiada perancangan untuk masa depan kami. Ruap-rupanya tersasar jauh. Dia sudah merancang dengan sebaik-baiknya. Tunggu masa dan waktu untuk merealisasikannya saja.
“Abang minta maaf sebab kalau selama ni abang macam buat endah tak endah dengan Bella. Abang Cuma perlukan masa untuk kita masing-masing bersedia untuk menerima satu sama lain. Alhamdulillah, Allah permudahkan semua ini.”
Aku hela nafas tenang. Senyum. Sebak dalam dada, aku tahan.
“Ada rezeki, kita pergi honeymoon ya.” Berubah riak wajahku. Honeymoon? Dah setahun nikah, baru nak bulan madu bagai? Dah tak terlambatkah. Itu yang ada dalam fikiran aku. yelah, yang aku tahu. Orang baru kawin terus pergi bulan madu. Untuk saling kenal mengenal. Budak-budak serumah tu selalu sembang pasal honeymoon. Tak ada boyfriend kecuali si DD tu, tapi kadangkala masuk juga topik bulan madu ni. Masa tu siap pilih tempat lagi. Ada nak pergi Bali, Krabi, Paris sana pun ada. Aku? Tak ada idea langsung pasal bulan madu. Mungkin masa tu, hubungan aku dengan along entahkan jadi entahkan tidak. Terumbang-ambing macam bot kehabisan minyak kat tengah laut. Teroleng dilambung ombak. Tak ada hala tuju.
“Rumahtangga kita adalah hadiah dari Allah... abang akan buat yang terbaik untuk kita berdua. Tolong abang ya... Tolong abang uruskan rumahtangga kita.”
Along ni... saja tau. Nak bagi aku nangis! Sembunyi-sembunyi aku menahan sebak. Namun, tak mampu. Baru nak seka, jari along terlebih dahulu menyeka air mata pada pipi aku. nak aje aku tegah sebab dia sedang memandu namun tidak terdaya.
“Abang nak bawa Bella pergi satu tempat. Nak?” Aku angguk. Bawa ajelah aku ke mana saja. Aku akan ikut. Dia suamiku. Dialah pelindung dan kunci syurga untuk seorang Isabella Rose Nurani. Tiada dua mahupun yang lain. Hanya dia sahaja. Dengan izin Allah.
Perjalanan tidak lama kemudian kami singgah di Tanah Perkuburan. Melihat pada lencongan pada simpang jalan, aku sudah tahu ke mana dia mahu membawa aku. Terima kasih abang kerana membawa Bella ke sini. “Assalamualaikum ahli kubur.” Salam kuberi perlahan. Membaca bismillah dan kaki melangkah menuju ke satu tempat. Di situlah, daddy dan mommy dikebumikan. Bersebelahan seperti pesan arwad daddy pada hari akhirnya.
Dia hamparkan tikar yang memuatkan aku dan dia di hadapan dua kuburan bernesan dan berpohonkan pokok puding merendang subur. Dia hulurkan surah yasin. Kami berdua membaca dengan penuh tawaduk. Tanpa sedar air mata aku mengalir lagi. Rindu aku pada kedua insan yang paling aku sayangi ini terlerai.
“Daddy, Arsh akan jaga Bella dengan nyawa Arsh. Juga dengan izin Allah Taala.” Itu janji along dengan tangan menyentuh nesan tegap. Doa dikirimkan oleh menantu kesayangan daddy. Aku aminkan dengan penuh syahdu.
“Terima kasih abang... sudi bawa Bella datang sini.” Bisikku setelah along mengesat air mata yang membasahi pipi. Dari pagar kawasan, aku merenung kembali nesan yang berdua itu. Tinggallah aman di sini ya daddy dan mommy. InshaAllah, sampai masa Bella akan menyusul.
“Dengan restu dan reda daddy, abang terima Bella menjadi isteri abang.” Dahiku menerima kucupan kasih daripada bibir along. Ya Allah, besarnya rahmat dan kasih sayangMu melimpah untuk hambaMu ini.
Nikmat Tuhan yang mana lagi perlu kamu nafikan?
Sesungguhnya kasih sayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya.

1 comment:

  1. MaY_LiN6:21 pm

    cedih nye..
    nnt smbg lg ye

    typo: ruap~rupa

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah blog ini.

#isabella - BAB 23

Hujung minggu, aku di kampung umi. Memandangkan along sudah sihat sepenuhnya, jadi umi pun mahu pulang semula ke Taiping. Kata umi, a...