Tuesday, March 21, 2017

#isabella - BAB 9

Dah dua tiga hari, fikiran aku jadi tak menentu gara-gara sebaris ayat yang dicakapkan oleh Zikr, ‘Gaduh dengan girlfriend kut’. Satu je soalan, siapa pula yang jadi girlfriend? The one yang dia kenalkan aku sebagai junior kah? Atau dia memang ada girlfriend yang lain ya? Saja betullah nak peningkan kepala aku ni.
Teringat soalan maut dari Alex masa dia datang melawat aku setelah enam bulan menjadi isteri along hitler.
‘Ngapain kamu kahwini sama pria kaya itu?”
“Maksudnya?”
“Sombong bangat sih mukanya. Aku yakin dia tu spesis playboy.”
Aku gelak. “Kau sedar tak, yang kau mengumpat tu suami aku?”
Alex sengeh, “Kamu cinta mati sama dia engak?”
Gelak aku surut. Pergh soalan. Nak-nak bila Alex tatap muka aku. Cinta mati? Cinta hidup nyawa-nyawa ikan kut, kaedahnya.
“Badannya ganteng, parasnya kacak... Ya udah, dia memang pujaan ramei. Kamu harus bersedia neng.” Ulas Alex buat keningku terangkat.
“Bisa aja kamu dimaduin.”
Pap, aku tampar bahu Alex. Kesian dia. Bisa juga tamparan aku. Mendapatlah, doa yang begitukan untuk aku.
Jadi, dekat mana aku nak korek rahsia ni ya?
Orang kata, kalau nak tahu maklumat yang tepat kenalah tanya dekat orang yang paling rapat dengan orang tu. Jadi, dalam hal ni orang yang paling rapat dengan along hitler adalah keluarganya.
Umi?
Eh, jangan. Bahaya. Darah tinggi umi boleh meletupkan mesin pulak nanti.
Angah Diba? Eheh, macam tak biasa, kan?
“Boleh tolong kak long tak?” Mukadimah tak perlu. Usai memberi salam, aku terus kepada point pertama.
Angah Diba gelak-gelak. “Tentang along ker?”
Aku diam. Cuma helaan nafas aku sahaja yang mengiyakan. Dah tu, nak tanya tentang siapa lagi, kan?
“Okey, nak tahu tentang apa pula kali ni?” Amboi soalan. Yelah, selama setahun ni pun aku memang banyak mendapatkan maklumat daripada dia. Tentang apa kesukaan along, tentang apa yang along dia tak suka, warna kegemaran along, makanan kesukaan along... Senang cerita, dari maklumat itulah aku belajar tentang suami aku yang sorang tu.
Nak harapkan along bukak mulut sendiri?
Keras kejunglah aku jawabnya.
“Along ada girlfriend?”
“Ramai!!!”
Fine, aku rasa bahu keyakinan aku jatuh.
“Girlfriend tu maksudnya kawan perempuanlah kan. Kat facebook dia, ramai je girlfriend.” Okey, tu masalah aku sendiri yang tak mesra dengan segala media sosial ni. Insta ker facebook ke, semuanya yilek. Kalau ada bolehlah aku stalk maklumat tentang Arsh Raaiiq ni, kan?
“Maksud kak long, yang special.”
Angah Diba terdiam. Takkan yang special pun ramai jugak. Ayoyoyo... matilah mak!
“Ni rahsia kita berdua tau. And please, jangan sebut-sebut dah pasal ni even depan umi sekalipun. Depan along lagilah. Silap haribulan, kita kena penampar Hitler.” Err... yang angah diba gaya berbisik tu dah kenapa pulak? Ni talian selamat kut. Takkanlah along hitler tu nak hijack panggilan ni pulak.
“Okey. Shoot.”
“Along dulu pernah bertunang. Marissa nama dia.”
Okey... Marissa ya?
“Cinta bagai nak rak. Orang kata kisah Laila Majnun tu paling mengharukan, tapi kisah along dengan Marissa lagi touching. Disebabkan perempuan tu lah, along tu macam hati beku sekarang. Dulu along tu mesra alam, bolehlah nak diajak sembang-sembang... gelak-gelak. Tapi, lepas dia putus tunang dengan Marissa...”
Angah Diba hela nafas berat. Ya, mungkin seberat itu juga perkara yang telah menimpa hati dan perasaan along.
“Along sudah berubah. Totally...”
“Apa yang jadi?”
“Marissa menduakan dia. Tak tahulah, menduakan ker mentigakan ker... mengempatkan pun entahlah. Yang angah tahu, Marissa memang mengecewakan hati along. Bayangkanlah, along sanggup kumpul duit dengan buat kerja sambilan sebab nak pergi jumpa Marissa dekat London, nak sambut birthday. Gila betul along masa tu. Siang kerja dekat pejabat, malam dia jadi part time worker kat restoren, jadi pelayan. Tak cukup dengan tu, hujung minggu dia kerja dekat kafe kawan dia. Semua tu sebab nak kumpul duit nak kawin kemudian nak pergi ke London. Konon nak buat surpriselah kan. Nak buat pre-wedding photoshot kat sana jugak. Sekali, kau...”
Aku terdiam. Ya Allah, sampai begitu sekali.
Cinta maut namanya tu.
“Masa along sampai sana, sepupu si Marissa ni ambil. Bawaklah pergi apartment Marissa. Jeng jeng jeng... Sekali, Marissa ni tengah tidur dengan jantan lain, kak long. Terkejut along masa tu. Kata sepupu Marissa tu, along macam kena shock. Murung berhari-hari. Marissa pula konon macam dah insaflah. Pujuk along, minta maaflah apalah semua. Tapi, itulah... Hati along tu dah hancur. Tapi... along ajar perempuan tu...”
Bulat mata aku. Ajar? Lain macam pula aku dengar.
“Along bagitau umi, along nak kawin. Umi punyalah gembira. Yelah, anak sulung nak kawin, kan. Tapi, along bagitau... nak nikah gantung je dulu. Kita orang semua dah terkejut masa along bagi tau along nak juga kawin dengan Marissa. Masa tu kita orang rasa mungkin along betul-betul maafkan perempuan tu. Dan, bagi peluang dekat Marissa.”
Satu-satu ayat Angah Diba aku cuba hadam. Cerita yang memang tak pernah lagi sampai dekat pengetahuan aku. Terkejut? Wajib dah tu. Rasa macam baru kenal dengan along hitler ni. Sisi seorang pencinta yang ala-ala Romeo gitu. Sayangnya, Juliet tu bukan aku. Eh, mana tahu aku boleh jadi seperti Laila pulak. Jadikan along majnun aku. Err... tinggi angan-angan tu Puan Bella.
“Masa nak akad nikah tu, along cool sangat. Persiapan nak akad nikah tu, along serah dekat sebelah perempuan semuanya. Kira sebelah lelaki, cuci tangan. Pelik betul kami masa tu. Tapi, ikutkan je dia. Nak tau tak kak long, apa jadi sebenarnya?”
“Along tak jadi nikah? Dia tinggalkan Marissa? Macam tu ke?” Wah, aku dah boleh karang novel lepas ni.
“Betul! Dan, ada lagi yang best tau. Lelaki Inggeris yang pernah serumah dengan Marissa muncul dekat majlis tu. Dan dia bagi tau, Marissa tengah pregnant anak dia. Semua orang terkejut masa tu. Mujurlah yang ada semua kaum kerabat keluarga je. Kalau ada orang luar, tak tahulah macamana. Ayah dengan mak Marissa tu jatuh pengsan. Umi pula tekanan darah tinggi.”
Pergh, sampai begitu sekali jadinya.
“Angah syak sesuatu. Along ni plan dengan sepupu Marissa untuk kenakan Marissa.”
“Dia berdendam dengan Marissa?”
“Angah rasa, iya. Along dendam dengan Marissa. Lepas tu, barulah along bukak mulut dengan umi. Yang itu, angah tak tahu. Umi dengan along, dua beranak je bincang. Lepas along confess dengan umi, along terus berubah. Lebih suka menyendiri. Beku, dingin... Hilang dah along kami...”
Di hujung cerita, aku terdengar esakan kecil. Yelah, angah tu boleh kira rapatlah dengan along. Tapi, bila along dah jadi begitu dalam hidupnya mestilah sedih. Satu-satunya abang, yang dihancurkan hati oleh perempuan yang disayangi.
“Jaga along. Please... hati dia tu dah hancur. Hati yang ada tu adalah hati yang umi dah jahitkan. Kesian along...”
Aku hilang kata sekarang. Punca kedinginan along, kini dah jelas.
“Jadi, kenapa along kawin dengan kak long? Lepas apa yang jadi, mesti dia dah rasa frustrated dengan perempuan. Ker dia kawin sebab nak balas dendam dekat kak long?” Soalan tu tiba-tiba sahaja muncul dalam fikiran aku. Yelah, kalau tengok pada perangai along terhadap aku. Kemudian, penerimaan dia pada pernikahan kami.
Macam jelas, dia terpaksa. Atau, dia nak balas dendam? Selalu aku terbaca, lelaki kalau ada bad history berkaitan perempuan, akan mendorong mereka bersifat pendendam. Perempuan-perempuan lain yang akan muncul dalam hidup mereka selepas itu akan menerima tempiasnya. Untung nasiblah dalam hubungan itu.
Aku?
Memang dah rasa tempiasnya. Rasa sangat-sangat.
“Umi bagitau... along terima kak long, sebab umi. Sebab satu-satunya perempuan yang along percaya sekarang adalah umi. Apa yang umi suruh, along akan buat. Dia takkan membantah. Sekalipun hati dia tak nak terima, dia akan paksa juga untuk terima.”
Tersandar aku jadinya.
“Please kak long... Jangan hancurkan hati along.”
Terngiang-ngiang lagi ayat angah diba tu. Hati along dia, aku kena jaga. Hati aku? Pilihan sekarang antara dua. Sama ada aku meneruskan hubungan aku dengan risiko yang aku sendiri tak yakin untuk menghadapinya. Macam-macam kemungkinan boleh jadi. Aku akan terseksa dengan karenah along. Aku akan sakit jiwa dengan rumahtangga kami. Penghujung cerita?
Cerai.
Nauzubillah.
Bukankah kebahagiaan dalam rumah tangga itu datangnya dari rasa cinta dan kasih sayang antara suami isteri. Dah kalau dendam yang menjadi intipatinya, ke mana hala tuju sebuah rumahtangga tu ya? Hancur dan hancur.
Atau, aku perlu berhenti sahaja di sini.
Membiarkan aku dan along memilih jalan hidup sendiri. Tiada hati yang akan kecewa. Tiada hati yang akan terluka. Hello, rumahtangga bukan bermaksud hanya ada aku dan along sahaja. Umi, Uncle Dutch semua tu...
Atau...
Aku perlu berjuang untuk rumahtangga aku?
Alang-alang hati dah jatuh tergolek dekat suami sendiri, apa kata aku melancarkan misi mengembalikan semula keyakinan along pada cinta. Tak salahkan isteri mengurat suaminya? Godalah dengan apa cara sekalipun, dah halal. Gesellah ala kucing parsi atau kucing hutan, apa nak kisah. Dah halal. Itulah hikmahnya aku dinikahkan dengan along. Mungkin, ini amanah untuk aku. Memulihkan semula rasa cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan.
Siapa lagi yang nak mempertahankan rumahtangga aku kalau bukan aku sendiri. Akad nikah tu biar sekali sahaja seumur hidup aku. Cukup, hanya satu kali. Dengan satu suami. Moga bahagia juga sampai ke syurga yang abadi.
Arsh Raaiiq.
Bercinta dengan Isabella Nurani, nak?

3 comments:

  1. MaY_LiN2:02 pm

    nak!!!! hihihi..uurrmmm
    kena keje keras bella pasni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkihkih... haruslah demi suami terchenta, kan

      Delete
  2. Anonymous9:51 pm

    Berjuanglah Isabella 💑 terbaek Cik ZZ............😘 zoora

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah blog ini.

#isabella - BAB 23

Hujung minggu, aku di kampung umi. Memandangkan along sudah sihat sepenuhnya, jadi umi pun mahu pulang semula ke Taiping. Kata umi, a...