Friday, March 10, 2017

#isabella - BAB 1


Kenduri doa selamat sempena pertunangan Angah Diba berjalan dengan lancar. Senyuman penuh seri tersungging pada bibir umi. Alhamdulillah, angah Diba selamat bertunang dengan pilihan hatinya Dr Khairi. Orang Johor. Nampak gayanya hujung tahun ni, kami buat rombongan ke selatanlah pulak.
            Umi jenis mudah saja. Wang hantaran dan duit mas kawin semuanya atas keikhlasan pihak lelaki. Umi tidak menetapkan jumlah-jumlahnya. Pada umi, buat apalah menyusahkan anak menantu untuk majlis yang megah sehari itu sahaja. Lebih baik buat majlis yang sederhana sahaja. Bukan nak kata tak mampu, Angah Diba tu pegawai farmasi
            Aku hela nafas panjang. Melepaskan penat. Tersandar ke kerusi meja makan setelah dua jam aku berdiri dalam dapur ini. Membasuh dan mengemas pingan mangkuk yang ada. Umi, tadi beria mahu menolong dah aku suruh masuk tidur. Kesian umi, bersengkang mata sejak dua tiga hari lepas lagi sebelum aku dengan angah Diba dapat balik. Karang, naik pula darah tinggi gara-gara tidak cukup rehat. Angah Diba pun aku suruh tidur juga, esok dia akan memandu balik ke Johor Bharu sorang-sorang. Risau kalau dia tak cukup rehat.
            Aku? No hal, aku kan ada driver terchenta. Sangat! Ngee… Kalau mengantuk, aku bantailah tidur dalam kereta. Lagipun, dah memang aktiviti wajib akupun kan kalau masuk dalam kereta. Tidur dan tidur. Celik-celik, dah pun sampai ke destinasi. Nasiblah dapat co-pilot kuat tidur macam aku ni. Tak membantu langsung!
            “Kak Long, nak air.”
            Alang Naim masuk dengan muka penat. Aku sambut dengan senyuman. Kesian adik ipar aku yang sorang ni. Tentu-tentu jadi mangsa kerahan tenaga buruh kasar dek Hitler yang sorang tu.
            “Nak air kak long!” Muncul pula Achik Saif, juga dengan muka penat. Padan muka. Dengar-dengar tadi, kena kemas ruang laman yang masih lagi penuh dengan peralatan majlis. Kena susun kerusi-kerusi. Sapu sampah yang ada. Biasalah kenduri-kendara, kan. Tak besar manapun kenduri, tapi tetap ada yang berselerak juga. Semua tu kenalah anak-anak bujang umi settle, kan. Siap kena sental kawah masak nasi lagi.
            Mujurlah anak-anak bujang umi boleh diharap.
            Aku tuangkan air oren bancuh berais dalam gelas kemudian hulur pada dua beradik tu. Sengih je ditayang. “Kak Long memang best la.” Manis betul mulut budak berdua ni.
            “Kipas kak long eh?”
            Kedua-duanya gelak. “Along Hitler tu bukan main lagi kerah. Dah macam duduk kem askar je rasanya.” Luah Achik Saif.
            “Entah. Khemah besar gedabak tu pun suruh kita orang rebahkan. Patut kena ajak orang satu kampung. Ingat kita orang ni tulang besi urat dawai kut.” Keluh Naim pula. Siap dengan mimik muka sekali.
“Along tu kalau mengarah orang, pandai betul. Dah gaya komander pencen!” Aku senyum sahaja bila dengar mereka membebel-bebel. Dah pada siapa lagi nak diluah kalau bukan aku. Dah namanya kakak ipar, kenalah memainkan peranan jadi kakak ipar terbaik, kan?
Borak punya borak, air oren habis satu jug.
            “Tu la… kami rasa betullah hipotesis kami ni kak long. Umi tu tertukar anak masa bersalin dekat hospital. Anak komander siapalah agaknya, kan?”
            “Betul-betul.” Kesian budak berdua ni. Nasib badanlah.
            “Kita orang tak minta pun dilahirkan untuk jadi adik along. Patutnya masa umi nak bersalin tu, kita buat permintaan. Jadi adik sesiapa jelah instead of jadi adik along Hitler, janggut sejemput.”
            Aku dah gelak. Bukan main lagi korang yer.
            “Buat kerja kena ikhlas.” Tup-tup ada suara menegur. Kedengaran tegas. Suara gelak aku tadi dah jadi krik krik krik. Sunyi terus suasana dalam dapur. Pucat muka Naim dan Saif. Derap langkah kaki yang menapak masuk bagai ada iringan drum.
            “Err… Alang nak gi mandi. Panas.”
            “Achik pun. Jom mandi sama-sama.”
            Secepatnya kedua mereka pantas bangun.
“Letak situ gelas. Nanti kak long basuh.”
Aku Nampak muka malu alah Saif dan Naim.
“Terima kasih kak long.” Kalih dan mengadap Along Hitler mereka. Masa tu berbunyi air dalam sinki. Aku senyum. Budak-budak ni la…
Tak lama kemudian, keduanya melangkah pergi. Hanya sempat menayang sengih pada aku. Tahu sangat, dasar penakut.
            “Mandi kemudian solat berjemaah dekat surau. Along tunggu.”
            Berdecit kedua-duanya tanpa suara. Padahal dalam hati tu, aku tahu. Mesti menyumpah gila. Arahan tadi serupa hukuman gantung sahaja nadanya.
            Along mereka menarik kerusi dan melabuhkan duduk di sebelah aku. Dapur kembali jadi sunyi. Aku pula jadi canggung. Terus sahaja aku bangun dan menuju ke peti ais. Kordial air mangga yang aku bancuh setengah jam yang lepas, aku keluarkan dan bawa ke meja makan.
            “Air.”
            Tanpa sebarang suara, dia Cuma angguk dan meneguk air mangga dalam gelas. Hampir satu tahun aku menjadi isteri lelaki ini, sikit sebanyak aku sudah tahu feel dia yang satu ini. Dia tidak suka minum air yang ada ais. Tapi suka minum air sejuk yang didinginkan terlebih dahulu.
            Cerewet, kan?
            “Saya nak solat kat surau.” Dia bangun. Tolak kerusi dan bawa gelas ke sinki. Seperti biasa, dia takkan tinggalkan pinggan atau gelas yang dia gunakan atas meja makan. Mesti dia akan cuci dan bilas. Itu yang aku salute dekat lelaki ini. Bab kerja rumah, boleh bagi gred A.
            Bagus betul didikan umi. Anak-anak lelaki memang diajar untuk buat kerja rumah. Setakat mengemas, sapu sampah, mop lantai semuanya tu boleh diharap pada anak-anak lelaki umi. Belum masuk bab lipat dan susun baju. Tip top.
            Lagi satu, kalau umi outstation atau tak ada dekat rumah, budak-budak ni memang takkan kebulur. Memang mereka ni diajar untuk masak untuk makan. Umi tak ajar mereka cari makanan dekat kedai. Umi ajar mereka masak. Hangit ker rentung ker, tak apa. Janji masak!
Kata umi, esok-esok bila dah besar dan kawin, jangan menyusahkan isteri. Jangan nak hambakan isteri. Kena rajin dan pandai tolong isteri. See, umi memang terbaik!
Esok-esok kalau aku direzekikan anak lelaki, mesti aku nak ikut juga amalan umi ni. Err, anak? Jauh sangat dah fikiran aku ni.
Anak dengan Along Hitler tu?
Okey, aku gelak.
Teringat ada orang tu nak ke surau, cepat-cepat aku masuk ke dalam bilik. Menyediakan jubah dan kain sarung untuk dipakai. Letak atas katil. Kemudian aku keluar dari bilik cepat-cepat. Karang orang tu keluar bilik air pakai tuala je, aku pula yang demam karang. Mata aku ni bukannya boleh percaya sangat. Badan bekas pemain ragbi ni kadangkala suka huru harakan hati aku, faham!

2 comments:

  1. Anonymous1:38 pm

    Sama2.. Wpun dh baca.. Tetp baca juga

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:49 pm

    Haila...Kan bgs kalu mak mak-mentua cam Umi...Nak Jadi cam Umi lah...Belated international women's day Cik ZZ 🎆🎉 teruskan😉zoora😘

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah blog ini.

#isabella - BAB 23

Hujung minggu, aku di kampung umi. Memandangkan along sudah sihat sepenuhnya, jadi umi pun mahu pulang semula ke Taiping. Kata umi, a...