Kenduri doa
selamat sempena pertunangan Angah Diba berjalan dengan lancar. Senyuman penuh
seri tersungging pada bibir umi. Alhamdulillah, angah Diba selamat bertunang
dengan pilihan hatinya Dr Khairi. Orang Johor. Nampak gayanya hujung tahun ni,
kami buat rombongan ke selatanlah pulak.
Umi jenis mudah saja. Wang hantaran
dan duit mas kawin semuanya atas keikhlasan pihak lelaki. Umi tidak menetapkan
jumlah-jumlahnya. Pada umi, buat apalah menyusahkan anak menantu untuk majlis
yang megah sehari itu sahaja. Lebih baik buat majlis yang sederhana sahaja.
Bukan nak kata tak mampu, Angah Diba tu pegawai farmasi
Aku hela nafas panjang. Melepaskan
penat. Tersandar ke kerusi meja makan setelah dua jam aku berdiri dalam dapur
ini. Membasuh dan mengemas pingan mangkuk yang ada. Umi, tadi beria mahu
menolong dah aku suruh masuk tidur. Kesian umi, bersengkang mata sejak dua tiga
hari lepas lagi sebelum aku dengan angah Diba dapat balik. Karang, naik pula
darah tinggi gara-gara tidak cukup rehat. Angah Diba pun aku suruh tidur juga,
esok dia akan memandu balik ke Johor Bharu sorang-sorang. Risau kalau dia tak
cukup rehat.
Aku? No hal, aku kan ada driver terchenta. Sangat! Ngee…
Kalau mengantuk, aku bantailah tidur dalam kereta. Lagipun, dah memang aktiviti
wajib akupun kan
kalau masuk dalam kereta. Tidur dan tidur. Celik-celik, dah pun sampai ke
destinasi. Nasiblah dapat co-pilot kuat tidur macam aku ni. Tak membantu
langsung!
“Kak Long, nak air.”
Alang Naim masuk dengan muka penat. Aku
sambut dengan senyuman. Kesian adik ipar aku yang sorang ni. Tentu-tentu jadi
mangsa kerahan tenaga buruh kasar dek Hitler yang sorang tu.
“Nak air kak long!” Muncul pula
Achik Saif, juga dengan muka penat. Padan muka. Dengar-dengar tadi, kena kemas ruang
laman yang masih lagi penuh dengan peralatan majlis. Kena susun kerusi-kerusi.
Sapu sampah yang ada. Biasalah kenduri-kendara, kan. Tak besar manapun kenduri, tapi tetap
ada yang berselerak juga. Semua tu kenalah anak-anak bujang umi settle, kan. Siap kena sental
kawah masak nasi lagi.
Mujurlah anak-anak bujang umi boleh
diharap.
Aku tuangkan air oren bancuh berais
dalam gelas kemudian hulur pada dua beradik tu. Sengih je ditayang. “Kak Long
memang best la.” Manis betul mulut budak berdua ni.
“Kipas kak long eh?”
Kedua-duanya gelak. “Along Hitler tu
bukan main lagi kerah. Dah macam duduk kem askar je rasanya.” Luah Achik Saif.
“Entah. Khemah besar gedabak tu pun
suruh kita orang rebahkan. Patut kena ajak orang satu kampung. Ingat kita orang
ni tulang besi urat dawai kut.” Keluh Naim pula. Siap dengan mimik muka sekali.
“Along
tu kalau mengarah orang, pandai betul. Dah gaya komander pencen!” Aku senyum sahaja bila
dengar mereka membebel-bebel. Dah pada siapa lagi nak diluah kalau bukan aku.
Dah namanya kakak ipar, kenalah memainkan peranan jadi kakak ipar terbaik, kan?
Borak
punya borak, air oren habis satu jug.
“Tu la… kami rasa betullah hipotesis
kami ni kak long. Umi tu tertukar anak masa bersalin dekat hospital. Anak
komander siapalah agaknya, kan?”
“Betul-betul.” Kesian budak berdua
ni. Nasib badanlah.
“Kita orang tak minta pun dilahirkan
untuk jadi adik along. Patutnya masa umi nak bersalin tu, kita buat permintaan.
Jadi adik sesiapa jelah instead of
jadi adik along Hitler, janggut sejemput.”
Aku dah gelak. Bukan main lagi
korang yer.
“Buat kerja kena ikhlas.” Tup-tup
ada suara menegur. Kedengaran tegas. Suara gelak aku tadi dah jadi krik krik
krik. Sunyi terus suasana dalam dapur. Pucat muka Naim dan Saif. Derap langkah
kaki yang menapak masuk bagai ada iringan drum.
“Err… Alang nak gi mandi. Panas.”
“Achik pun. Jom mandi sama-sama.”
Secepatnya kedua mereka pantas
bangun.
“Letak
situ gelas. Nanti kak long basuh.”
Aku
Nampak muka malu alah Saif dan Naim.
“Terima
kasih kak long.” Kalih dan mengadap Along Hitler mereka. Masa tu berbunyi air
dalam sinki. Aku senyum. Budak-budak ni la…
Tak
lama kemudian, keduanya melangkah pergi. Hanya sempat menayang sengih pada aku.
Tahu sangat, dasar penakut.
“Mandi kemudian solat berjemaah
dekat surau. Along tunggu.”
Berdecit kedua-duanya tanpa suara.
Padahal dalam hati tu, aku tahu. Mesti menyumpah gila. Arahan tadi serupa
hukuman gantung sahaja nadanya.
Along mereka menarik kerusi dan
melabuhkan duduk di sebelah aku. Dapur kembali jadi sunyi. Aku pula jadi
canggung. Terus sahaja aku bangun dan menuju ke peti ais. Kordial air mangga
yang aku bancuh setengah jam yang lepas, aku keluarkan dan bawa ke meja makan.
“Air.”
Tanpa sebarang suara, dia Cuma
angguk dan meneguk air mangga dalam gelas. Hampir satu tahun aku menjadi isteri
lelaki ini, sikit sebanyak aku sudah tahu feel dia yang satu ini. Dia tidak
suka minum air yang ada ais. Tapi suka minum air sejuk yang didinginkan
terlebih dahulu.
Cerewet, kan?
“Saya nak solat kat surau.” Dia
bangun. Tolak kerusi dan bawa gelas ke sinki. Seperti biasa, dia takkan
tinggalkan pinggan atau gelas yang dia gunakan atas meja makan. Mesti dia akan
cuci dan bilas. Itu yang aku salute dekat lelaki ini. Bab kerja rumah, boleh
bagi gred A.
Bagus betul didikan umi. Anak-anak
lelaki memang diajar untuk buat kerja rumah. Setakat mengemas, sapu sampah, mop
lantai semuanya tu boleh diharap pada anak-anak lelaki umi. Belum masuk bab
lipat dan susun baju. Tip top.
Lagi satu, kalau umi outstation atau
tak ada dekat rumah, budak-budak ni memang takkan kebulur. Memang mereka ni
diajar untuk masak untuk makan. Umi tak ajar mereka cari makanan dekat kedai.
Umi ajar mereka masak. Hangit ker rentung ker, tak apa. Janji masak!
Kata
umi, esok-esok bila dah besar dan kawin, jangan menyusahkan isteri. Jangan nak
hambakan isteri. Kena rajin dan pandai tolong isteri. See, umi memang terbaik!
Esok-esok
kalau aku direzekikan anak lelaki, mesti aku nak ikut juga amalan umi ni. Err,
anak? Jauh sangat dah fikiran aku ni.
Anak
dengan Along Hitler tu?
Okey,
aku gelak.
Teringat
ada orang tu nak ke surau, cepat-cepat aku masuk ke dalam bilik. Menyediakan
jubah dan kain sarung untuk dipakai. Letak atas katil. Kemudian aku keluar dari
bilik cepat-cepat. Karang orang tu keluar bilik air pakai tuala je, aku pula
yang demam karang. Mata aku ni bukannya boleh percaya sangat. Badan bekas
pemain ragbi ni kadangkala suka huru harakan hati aku, faham!
Sama2.. Wpun dh baca.. Tetp baca juga
ReplyDeleteHaila...Kan bgs kalu mak mak-mentua cam Umi...Nak Jadi cam Umi lah...Belated international women's day Cik ZZ 🎆🎉 teruskan😉zoora😘
ReplyDelete