Wednesday, March 15, 2017

#isabella - BAB 5

Hari ini banyak masa senggang. Ramai pensyarah yang terlibat dengan program anjuran fakulti. Makanya, ber-hora-horey lah pelajar. Yang namanya pelajar ni, siapa yang tak suka kalau kelas batal. Silalah bagitau ya. Aci kerat kuku jari kelingking tau. Semua dah lompat bintang jula juli punyalah.
            Budak A++ dekan pun sengih sampai telinga. Inilah masa nak rehatkan kepala. Yelah, masa dalam kelas fokus sungguh-sungguh. Dengar setiap ayat pensyarah tanpa skip satu patah kata sekalipun. Tapi, kalau yang jenis suka tidur dalam kelas, suka main telefon dalam kelas. Aku rasa, kelas batal ke tak batal tak ada effect apapun. Kan?
            Aku, Elia, Hana, DD dan Adel mengambil keputusan untuk lepak dekat kafe fakulti Kejuruteraan. Kalau ikutkan boleh je balik rumah, makan minum, tidur sejam dua. Sebab kelas kami akan mula petang nanti. Tapi, lebih baik kami lepak je sini dari bazirkan masa nak ulang-alik. Termasuklah minyak kereta Myvi Adel pun boleh jimat.
            “Itulah dia abang master yang hot tu. Ada orang baca profile dia dekat mana tah. Dia tu bekas pemain rugby masa dekat Uitm sebelum dia fly ke US. Kau tengok body dia… Gila perfect!”
            Abang hot?
            Terus aku teringat kisah DD cerita semalam. Apa nama? AR? ER?
            Mungkinkah orang yang sama?
            Alah Bella, pekakkan ajelah telinga. Jangan nak ambil kisah sangat budak-budak junior yang sibuk mengalahkan kami yang senior ni dalam bab nak cari jodoh. Dah sampai seru agaknya kut.
            “Dah kawin ker?”
            “Uish… muda lagi tu rasanya. Takkan dah kawin kut.”
            “Manalah tahu. Paten sekarang ni kawin muda. Nak-nak yang jenis macam tu. Cepat aje orang sambar buat suami. Lagipun, dia tu engineer yang tengah sambung master. Fully tajaan kerajaan tau. Duit tentu-tentu berkepuk kat dalam poket. Orang macam tu la yang orang cari-cari. Terjamin masa depan dah.”
            Dalam kata tak nak ambil kisah, telinga aku curi juga dengar perbualan adik-adik junior sebelah meja kami ni. Dengar dan hadam. Yelah, betul. Zaman sekarang ni kalau nak cari suami biarlah yang sudah stabil hidupnya. Mak ayah pun tak risau sangat dah nak melepaskan anak. Itulah, ada pro and kon dalam hal ni.
            “Siapa nama dia?”
            Aku bawa gelas berisi air tea o ais limau ke bibir. Dengar orang bercoleteh, aku pula yang dahaga.
            “Arsh Raaiiq.”
            Erk, burrrrrp!
            “Bella!” Serentak semua orang dalam kafe menoleh kea rah kami dek kerana jeritan maha nyaring Lia. Aduh, basah muka kawan tu dengan air ais aku. Rugi seringgit sebab air sudah tinggal separuh gelas. DD dengan Elia geleng kepala.
            Sian Lia. Masam muka kawan tu.
            “Sorry, aku tak sengaja.” Cepat-cepat aku kaut tisu dan tolong lap muka Lia.
            “Ampun Lia… Ampun.” Ya Rabbi muka minah ni.
            “Nanti aku sponsor kau pergi spa eh.”
            Lia merengus geram. Bingkas bangun. Nak ke bilik air agaknya. Mujur air tea o ais, kalau milo panas? Pokai poket aku!
            Aku kaut buku-buku, masukkan dalam beg. Elia, DD sudah mengejar Lia. Tinggallah aku yang masih terhegeh-hegeh nak bergerak. Malu siot jadi perhatian pulak tu.
            “Weyh, tunggu aku!”
            Tengah jerit begitu, mataku tertancap pada susuk tubuh di tepi papan kenyataan yang sedang memandang aku. Langkah makin perlahan. Dengan gaya rambut shogun, beg galas ke belakang. Buat mataku terkelip-kelip.
            Abang hot?
            Badan perfect?
            Arsh Raaiiq.
            Gedebuk!
            “Aii cik kak… hati-hati.” Aku gosok dahi yang terantuk entah badan siapa-siapa. Semuanya sebab si dia tu. “Sorry… Sorry…”
            Aku majukan langkah. Takut-takut memandang kea rah tadi lagi. Masih sama. Orang tu masih memandang aku.
            Arsh Raaiiq.
            Aku gosok dahi.
            Dan… Dang!
            Aku tepuk dahi sendiri. Patutlah dok zikir nama tu je. Serupa kenal yer.
            Ceh, nama laki sendiri kut!
            Macamana boleh terlupa ni? Bella oh Bella!

Puas aku pujuk Lia. Sejak tadi. Siap belanja aiskrim pun, tak jalan jugak. Minah ni memang. Dia bukannya tak tahu aku ni bab pujuk memujuk, tak berapa nak pandai. Hesy. Saja je la.
            “Kau tak kesiankan aku ker Lia. Nak belajar hati tak tenang.”
            Dia buat-buat tak dengar. Minah ni la…
            “Tak pe la… kau buat anak yatim ni tau.”
            “Tu habis modal dah eh?” Akhirnya Lia bersuara juga. Aku barulah boleh tarik senyum.
            “Please… sumpah, aku tak sengaja.”
            “yelah tu…”
            Ngeee… aku tak sengaja tau Lia. Sebab terdengar nama laki sendiri!
            Err, yang sebenarnya baru ingat nama laki sendiri.
            Tiba-tiba kelas jadi sunyi. Aku dan Lia kalih ke hadapan. Dr Hisyam dah masuk kut.
            Lia siku lengan kiri aku. “Mende?”
            Tangan sibuk meraba pen dalam beg. Mana pulak benda alah ni. Hilang?
            DD siku lengan kanan aku. Pulak dah budak-budak ni. Hah, jumpa pun pen akhirnya. Pen kesayangan tau.
            “Abang hot!” Bisik, suara DD.
            Abang Hot?
            Terus aku pandang depan. Betul-betul depan mata aku memandangkan aku dekat barisan paling hadapan. Jatuh pen dekat tangan. Betul, tergolek pun ya tergolek sampai kaki manusia depan aku. Tangannya mengutip pen aku dan mula melangkah mendekati aku.
            Aku pandang dari kaki, naik ke paras pinggang. Kemudian naik sampai ke dada. Naik lagi sampai ke muka. Dan…
            “Comel pen.”
            Atas buku tulis aku, pen diletakkan.
            Aku telan liur berkali-kali.
            Abang hot, salah masuk kelaskah?
            Atau, aku yang terkuat berangan sangat ni?

Sudah habis 45 minit kelas tutorial. Rasanya tak pernah aku jadi lost sepanjang jadi student. Apa yang diajar oleh dua orang manusia, salah seorangnya berambut shogun langsung tak masuk dalam kepala aku. Lupa baca doa belajar ni. Macamana boleh terlupa? Dah, kalau suami sendiri berdiri dekat depan mata kau. Apa lagi kau nak ingat?
            Kelas pun jadi meriah lain macam. Tak tahulah kenapa. Kalau Dr Hisyam, serius memanjang. Sebab tu aku senang faham. Tapi, sekarang?
            Pandai pulak budak-budak ni bergelak ketawa. Padahal subjek horror kut dekat fakulti. Ker budak-budak kelas aku ni split personality sebenarnya yer?
            “So, ada soalan?” Eh? Kelas nak dismiss dah?
            Sungguhla, kau dah ke alam mana tu Bella oiii?
            “Lepas ni Dr Hisyam masuk kelas tak?”
            Dia jawab, tapi mata sempat kerling aku. Ades, terus jatuh tompang muka aku. Kantoi, aku dok renung dia sejak tadi. Kau ni Bella, nak usha laki sendiri pun tak agak-agak. Kan dah malu sendiri.
            “Tak pastilah tu. Nanti minta class rep tanyakan. Kita orang ni tolong dia sekejap je.”
            Oh begitu. Yelah, tiba-tiba budak master masuk kelas tutorial ni. Pelik la kan.
            “Bang, dah kawin belum?”
            Bang? Sejak bila laki aku ada adik tambahan pulak?
            Aku buat-buat susun buku. Dalam hati gedak gebuk nak tunggu jawapan tulus ikhlas dari dia. Sumpah, nervous pulak. Eh, kau ni Bella.
            Yelah, nak tahu dia tu jenis lagu mana.
            Yes or no?
            “Dah kawin.”
            Pergh, lega. Spontan ada senyum dekat bibir aku. Ngee…
            Gila tak suka. Sebab dia mengaku dia dah kawin. Biarpun aku rasa kelas ada sedikit riuh macam nada tak puas hati sebab ‘abang’ dah kawin.
            “Ala ruginya…”
            “Aduh, habis peluang nak usha.”
            Sempat aku kalih dan memandang muka-muka frustrated tu. Rasa macam nak lompat bintang pulak. Yes, abang shogun tu I punya, hokey! Over kau, Bedah!
            “Apa yang ruginya, kosong lagi tiga.”
            Kali ni bertambah riuh suara satu kelas. Mostly, suara budak-budak perempuanlah. Dan aku?
            Aku aim rambut shogun dia. Zap, aku kerat nanti masa dia tidur.
            Tunggulah!
            Kosong lagi tiga ya!!!
            Haiyaaak!
            “Isabella Nurani…” Dalam tengah menggeram dalam hati, terus terkujat bila nama penuhku disebut. Eh? Lupa pulak ada sorang lagi ‘abang’.
            “Nice name.”
            Dia senyum semanis gula. Nice name? Padahal bukannya dia tak tahu nama aku.
            “Dah berpunya ker belum?”
            Sempat lagi mengayat. Mamat ni memang tak buang masa betul. DD, Elia, Lia sudah mencemik. Menahan gelak. Habislah satu rumah nanti. Teruk aku jadi bahannya.
            “Kosong lagi tiga.”
            Spontan aku menjawab dengan nada selamba.
            Abang Zikr gelak. Abang shogun yang kosong lagi tiga tu?
            Rahang dia bergerak-gerak. Tengah exercise rahang ke tu cik abang?
            “Untunglah…”
            Aku sengih tawar. Untung? Nampak macam nak kena libas dengan pedang samurai je. Buat lawak depan laki sendiri, Bella. Pulak tu, jelas-jelas si Zikr ni nak mengayat aku.

            Hebat tu, Puan Isabella Nurani!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah blog ini.

#isabella - BAB 23

Hujung minggu, aku di kampung umi. Memandangkan along sudah sihat sepenuhnya, jadi umi pun mahu pulang semula ke Taiping. Kata umi, a...